Penyanyi dan juga pemenang program realiti Gegar Vaganza musim ke-7, Cliff Umar berkata dia lebih memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan mengenai dakwaan bekas isterinya yang menuntut nafkah anak-anak.
Difahamkan, bekas isterinya ada menuntut hak perbelanjaan anak-anak hasil perkahwinan mereka yang gagal ditunaikan sejak sedekad yang lalu.
Dia yang ditemui media juga mengatakan bahawa ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya dan enggan mengaibkan bekas isterinya itu.
Kalau saya perlu membuat kenyataan peribadi, saya akan meletakkan diri dalam situasi yang sama dengan pihak sana (bekas isteri). Apabila saya letakkan diri dalam situasi pihak sana , ada saya akan membuka aib dia?
Perlukah saya berbuat begitu? Tak perlulah. Dia emak, dia mesti nak kejar sesuatu untuk anaknya. Tak salah. Saya pun ada salah.
Sebelum ini, seorang wanita mendakwa dia bekas isteri kepada Cliff Umar telah mendedahkan penyanyi itu mengabaikan nafkah anak-anak.
Wanita itu turut merayu agar Cliff bertanggungjawab ke atas anak-anak dalam perbelanjaan dan kebajikan selain sikapnya yang tidak ambil tahu ketika mereka sakit.
Jelas Cliff lagi, dia berharap semua pihak berhenti membincangkan soal peribadinya dan lebih menumpukan perhatian terhadap kerjayanya sebagai penyanyi.
“Saya sampai tahap bosan apabila cerita peribadi terus diperkatakan. Bila saya keluarkan lagu, tiada pula yang bertanya” katanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.