Perlu Tanggung Isteri & Ibu Bapa, Lelaki Bakar Motosikal Di KLCC Rayu Ikat Jamin Dikurangkan

Berita

Perlu Tanggung Isteri & Ibu Bapa, Lelaki Bakar Motosikal Di KLCC Rayu Ikat Jamin Dikurangkan

Seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan telah dihadapkan ke mahkamah pada Rabu setelah dituduh membakar 13 buah motosikal dan juga empat skuter elektrik di hadapan Suria KLCC pada minggu lalu.

Memetik Sinar Harian, peguam yang mewakili lelaki berkenaan memohon kepada mahkamah agar amaun ikat jamin sebanyak RM12,000 dikurangkan kerana mempunyai tanggungan ibu bapa dan isteri.

Advertisement
lelaki bakar motosikal depan klccSumber : Google  

Suspek, Azril Kamaruzaman,34, walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut yang dibuat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Ikat jamin Azril kemudiannya dikurangkan kepada RM5,000 dan dibayar oleh seorang penjamin dan menetapkan 22 Mei ini sebagai sebutan semula kes.

Terdahulu, media massa tempatan menjadi kecoh apabila tragedi kebakaran berpuluh motosikal dilaporkan terjadi di kawasan tumpuan pelancong itu.

Azril didakwa telah melakukan perbuatan khianat itu dengan cara membakar kenderaan tersebut dengan menggunakan api sebelum berjaya dirakam rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Dai syed
2 years ago

"Tunggu Kes Ebit Lew Pulak" - Da'i Syed Bebas Pertuduhan Cabul, Persetubuhan Luar Tabii

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...