Perlu Surat Majikan Dan Slip Gaji, Bank Bakal Ketatkan Syarat Buka Akaun Baharu?

Gaya Hidup

Perlu Surat Majikan Dan Slip Gaji, Bank Bakal Ketatkan Syarat Buka Akaun Baharu?

Memetik Free Malaysia Today, individu yang ingin membuka akaun bank baharu perlu menyediakan dokumen seperti sumber pendapatan dan surat daripada majikan bagi tujuan pengesahan.

Ini berikutan penggunaan akaun keldai secara berleluasa oleh ‘scammer’ yang telah menipu ramai orang sebelum ini.

Advertisement

syarat ketat buka akaun bank

Jika dahulu, pengguna yang ingin membuka akaun bank hanya perlu menyediakan kad pengenalan dan juga mendeposit sejumlah wang untuk mengaktifkan akaun tersebut.

Memetik sumber, bank juga akan memberi perhatian khusus kepada pelajar, suri rumah dan warga emas yang berhajat demikian kerana golongan ini merupakan tumpuan ‘scammer’.

Ada yang tidak bersalah kerana tidak menyedari data peribadi mereka digunakan untuk membuka akaun bank, yang kemudiannnya dikendalikan oleh si penipuan.

Ada juga yang telah dibayar untuk membuka akaun tetapi tidak sedar mereka telah digunakan untuk menipu orang.

Seperti contoh, pelajar yang ingin membuka akaun perlu menunjukkan bukti penerimaan ke kolej dan juga kad pelajar.

Keldai akaun

Dilaporkan ramai pelajar telah disenarai hitam oleh Bank negar setelah mereka didapati membuat akaun keldai yang dikendalikan ‘scammer’.

Berikutan itu, segelintir pelajar menghadapi masalah untuk membuat pinjaman pengajian daripada PTPTN dan juga institusi kewangan yang lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Adik Shah firdaus minta netizen berhenti serang ig shinji
4 months ago

Adik 'The Terminator' Shah Firdaus Minta Netizen Berhenti Serang Media Sosial Pelumba Jepun Shinji Nakano

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : FMT

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...