Tragedi banjir yang melanda sebahagian negeri di Malaysia pada akhir bulan Disember lalu ternyata telah mendatangkan pelbagai kerugian dan memusnahkan banyak harta benda lebih-lebih lagi kenderaan yang tidak sempat dinaiki di kawasan yang selamat.
Setelah selesai urusan membersihkan kawasan yang dilanda banjir, ramai pemilik kenderaan akan menghantar kereta untuk dibaiki dan mendapatkan sebut harga.
Pastinya, harga yang dikenakan cukup mahal malah ada yang mencecah lima angka nilainya.
Menurut salah seorang pengguna Twitter, @ahmiqb, dia telah berkongsikan pengalamannya sendiri di mana kereta jenis Honda CR-V yang baru sahaja dimilikinya sejak enam bulan lalu itu memerlukan minimum RM60,000 untuk urusan baik pulih akibat ditenggelami banjir sebelum ini.
Ni masa tgh paras dashboard. Lesson learnt. Ambillah flood coverage dan specials perils bila ambil insurance kereta. Kita tak tahu bila akan jadi kes mcmni. pic.twitter.com/yHNR16r3S7
— A person (@ahmiqb) January 7, 2022
Kata pengguna Twitter tersebut, amat wajar jika pemilik kenderaan untuk mempertimbangkan perlindungan tambahan yang melibatkan bencana alam seperti banjir dan sebagainya.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang turut berkongsikan pengalaman yang sama tentang kos yang cukup tinggi dikenakan bagi membaiki kenderaan masing-masing.
Kwn ofis yg kena banjir pun ckp bnde yg sama.. Memg total semua harga gitu.. Huhu https://t.co/XhpENkHVjB
— KopiAis.My (@KopiaisMy) January 8, 2022
Terima kasih support Honda. Maaf sebab parts memang takes time nak sampai. Lagi2 kalau electronic parts. Local supplier pun ada yg close sebab banjir, import supplier pun ada yg tunggu materials tak cukup kt maker side. Its a very tiring and hustle everyday. ? https://t.co/fbnYGZ9ulF
— M (@tekatekims3) January 8, 2022
Apa-apa pun, semoga semua pihak yang terjejas akibat bencana banjir terus kekal sabar dan diberi kekuatan bagi menghadapi ujian yang cukup hebat ini.
Diharap kerajaan juga dapat tampil memberikan inisiatif tertentu yang lebih efektif bagi membantu mereka yang terkesan bagi mengurangkan beban yang dialami setiap mangsa.