Perlu Lihat 2 Aspek Penting Ini Sebelum “Decide” Rakan Perniagaan Anda, Jangan Tersalah Pilih!

Trending

Perlu Lihat 2 Aspek Penting Ini Sebelum “Decide” Rakan Perniagaan Anda, Jangan Tersalah Pilih!

Memilih rakan perniagaan bukanlah suatu perkara yang mudah. Kita selaku yang membangunkan sesuatu syarikat atau “startup” perlu bijak memilih agar tidak tersalah pilih atau tersalah langkah.

Advertisement

Ini kerana jika tersalah pilih, berkemungkinan besar risiko lain yang lebih besar pula kita perlu tanggung. Dalam memilih ‘business partner’ perlu diberi penilitian yang lebih, ini untuk mengelakkan sesuatu tidak diingini berlaku kelak. Admin ingin kongsikan, penulisan saudara Shamsul Qamar, tentang siapa yang layak menjadi rakan perniagaan kita. Jom kita baca.

Siapa yang paling layak jadi business partner kita?

Istilah paling popular bila ada bisnes adalah “bisnes partner”. Istilah ini kadang-kala diguna secara pukul rata tanpa memahami status seorang bisnes partner dari sudut undang-undang.

Bagi entiti Sdn Bhd, bisnes partner biasanya adalah pemegang syer dalam syarikat. Pemegang syer akan mempunyai pegangan saham tertentu berdasarkan persetujuan pemegang-pemegang saham.

Bisnes partner mestilah dinilai dari aspek:

1. Keupayaannya menyuntik modal; dan

2. Skil atau kemahirannya dalam bisnes tersebut

Selain dari aspek di atas, perlulah berhati-hati memilih bisnes partner dan meletakkan jumlah pegangan syer tersebut.

Bila letak pegangan syer hampir sama banyak atau 50-50 sebenarnya lebih memberi risiko kepada perniagaan anda kerana kebarangkalian berlakunya “deadlock situation” adalah besar.

Ramai yang ambik ringan isu ini. Bila bisnes dah mula berkembang, masing-masing tuntut hak masing2 dan timbullah isu seperti “aku suntik lebih banyak modal” dan “aku yang buat kerja lebih”.

Bila dah tak sebulu, bisnes tak boleh beroperasi. Maka terpaksalah buyout salah seorang pemegang saham ataupun bubarkan syarikat.

Yang merana siapa? Mereka dan keluarga mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...