Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Perlu Ke Tabur Pasir Dalam Periuk Nasi Saya, Pernah Nampak Saya “Mengangkang” Masa Muda Dulu? – Ogy Ahmad Daud

Tentu anda semua tahu pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud ataupun lebih mesra dengan panggilan Ogy sangat aktif dalam perniagaan “Sambal Goreng Saadiah” yang laris.

Advertisement

Walaubagaiamanapun, semalam ada individu yang cuba menabur fitnah dan mempertikaikan perniagaan beliau.  Katanya, orang ramai kalau boleh elakkan dari makan makanan air tangan artis dan turut menamakan sambal yang dijual Ogy sebagai sambal bodoh.

Ogy akui beliau terkejut menerima komen biadap tesebut  kerana perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Saya langsung tidak kenal siapa dia, kenapa dia bertindak menghina, memfitnah dan cuba untuk menabur pasir dalam ‘periuk nasi’ saya? Dia pernah ke nampak saya ‘mengangkang’ sana sini masa saya muda-muda dulu?  Saya tahu akaun tersebut palsu dan digunakan untuk menghentam saya.

Namun saya terpanggil untuk berkongsi entri tersebut sekadar mahu menyedarkan netizen kalaupun ada yang bencikan saya sekalipun, sekurang-kurangnya hormatlah bulan penuh mulia ini.

Advertisement

Ini mungkin salah satu cabaran buat kak Ogy dalam perniagaan. Memang akan ada pihak yang mempunyai sifat hasad dengki apabila melihat seseorang itu berjaya. Apa-apa pun, kami puji kak Ogy yang masih boleh bersabar menghadapi fitnah seperti ini.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top