Baru-baru ini, di platform Twitter tular satu foto memaparkan seorang pegawai menyalam tangan bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Haji Mohammad Najib Abdul Razak.
Bukan hanya sekadar menyalam tangan, malah pegawai terbabit turut mencium tangan Najib dan menampakkan dirinya betul-betul menghormati bekas Perdana Menteri itu.
Akibat foto berkenaan sudah tular di platform itu, ramai netizen meninggalkan reaksi mereka seakan-akan tidak percaya dengan tindakan pegawai terbabit.
Malaysia in a nutshell. pic.twitter.com/xSYP2ts65k
— KNB ? (@nizambakeri) July 31, 2022
Kebanyakkan netizen merasakan tindakan tersebut tidak seharusnya di lakukan oleh pegawai itu biarpun menghormati Najib sebagai ahli politik dan pernah menjadi Perdana Menteri di Malaysia.
Disebabkan berasa marah lihat tindakan yang dilakukan dan penerimaan Najib apabila pegawai itu mencium tangannya, netizen sempat mempersoalkan kes-kes ahli politik itu yang sebelum ini banyak melakukan kesalahan tetapi bebas kemana-mana.
Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen tidak memahami kenapa pegawai-pegawai akan berebut untuk mencium tangan ahli politik apabila berjumpa sedangkan tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.