Kalau kita tengok zaman sekarang dah macam jadi trend pula pasangan suami isteri buat konten ‘sweet‘ bersama untuk ditonton oleh warganet.
Setiap orang ada hak nak buat konten apa yang mereka mahu tetapi mungkin juga boleh berfikir dahulu apa yang sesuai dan apa yang tidak, kan?
Video pasangan suami isteri yang menunjukkan moment ketika mereka bersiap memakai persalinan raya meraih perhatian ramai selepas ia dikongsikan satu akaun di Twitter.
Menerusi rakaman itu, mereka dilihat bermesra dan si isteri pula seronok membantu untuk menyiapkan suaminya memakai baju Melayu lengkap dengan sampin.
Namun, ada pula aksi mereka berdua bercumbu yang diletakkan di dalam video pendek itu membuatkan mereka mendapat kritikan ramai.
Ingatkan pakaikan baju untuk adik..muka macam lepas sunat pic.twitter.com/XeKw6GBYc5
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) May 14, 2023
Ramai warganet memberikan komen di Twitter dan segelintir daripadanya berkata pada awal video tersebut mereka sangkakan lelaki itu adalah adik wanita berkenaan.
Sesetengah daripada mereka pula ada yang memberikan komen sinis dan menyindir pasangan terbabit kerana membuat content sebegitu.
Ada juga yang meluahkan rasa ‘geli’ menonton content sebegitu meskipun ia daripada pasangan yang sudah berkahwin kerana tidak sesuai dikongsikan kepada umum.