“Perlu Ke Rekod Cium Pastu Post?” – Netizen Kritik Video Isteri ‘Siapkan’ Suami, Geli ‘Part’ Bercumbu

Hiburan

“Perlu Ke Rekod Cium Pastu Post?” – Netizen Kritik Video Isteri ‘Siapkan’ Suami, Geli ‘Part’ Bercumbu

Kalau kita tengok zaman sekarang dah macam jadi trend pula pasangan suami isteri buat konten ‘sweet‘ bersama untuk ditonton oleh warganet.

Setiap orang ada hak nak buat konten apa yang mereka mahu tetapi mungkin juga boleh berfikir dahulu apa yang sesuai dan apa yang tidak, kan?

Advertisement

2 years ago

"Trend 'Umrah' Merisaukan!" - Pakar Bersuara, Jemaah Kini Lebih Kejar Buat Konten & Berlakon Cium Kaabah

Video pasangan suami isteri yang menunjukkan moment ketika mereka bersiap memakai persalinan raya meraih perhatian ramai selepas ia dikongsikan satu akaun di Twitter.

Menerusi rakaman itu, mereka dilihat bermesra dan si isteri pula seronok membantu untuk menyiapkan suaminya memakai baju Melayu lengkap dengan sampin.

Namun, ada pula aksi mereka berdua bercumbu yang diletakkan di dalam video pendek itu membuatkan mereka mendapat kritikan ramai.

Ramai warganet memberikan komen di Twitter dan segelintir daripadanya berkata pada awal video tersebut mereka sangkakan lelaki itu adalah adik wanita berkenaan.

Sesetengah daripada mereka pula ada yang memberikan komen sinis dan menyindir pasangan terbabit kerana membuat content sebegitu.

Ada juga yang meluahkan rasa ‘geli’ menonton content sebegitu meskipun ia daripada pasangan yang sudah berkahwin kerana tidak sesuai dikongsikan kepada umum.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...