“Perlu Ke Perli Macam Tu?!” – Ajak Berkolaborasi, Netizen Sindir Caprice Cuba Malukan Aliff Syukri

Hiburan

“Perlu Ke Perli Macam Tu?!” – Ajak Berkolaborasi, Netizen Sindir Caprice Cuba Malukan Aliff Syukri

Sering terpalit dengan kontroversi, penyanyi rap Caprice kali ini disindir netizen apabila membuat perkongsian di media sosial menyatakan bahawa dia mahu berkolaborasi bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Dalam hantaran tersebut, Caprice meluahkan rasa bangga dengan kejayaan Alyph menerusi lagu Swipe yang menjadi fenomena di platform media sosial dan dalam pada itu menjemput Aliff Syukri untuk membuat lagu bersama.

Advertisement

First off salute to Alyph for the massive single & success of Swipe… 2nd of all, alang-alang jom ah Aliff Syukri buat lagu.. tanpa any sotongs ahhhh…”

Bagaimanapun, perkara itu dikritik netizen yang menganggap Caprice seakan-akan memerli Aliff Syukri serta tidak menghormati situasi yang sedang dihadapi oleh usahawan berkenaan.

 

Malahan ada juga segelintir netizen bertanyakan tentang perkembangan kes samannya terhadap sebuah pasar raya terkenal di Malaysia, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN).

Sekadar info, Caprice sebelum ini memberitahu bahawa dia akan memfailkan saman terhadap syarikat MYDIN kerana mendakwa dirinya disindir melalui satu ciapan yang dibuat.

caprice
2 years ago

"Saman 30 Juta" - Kena 'Cuit' Di Tweet Pasaraya Mydin, Caprice Gesa Permohonan Maaf & Nak Saman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...