“Perlu Ke Pembesar Suara Lagi Kuat” – Cadang Guna Aplikasi Saja Untuk Laungan Azan, Peguam Wanita Teruk Dikecam

Kehidupan

“Perlu Ke Pembesar Suara Lagi Kuat” – Cadang Guna Aplikasi Saja Untuk Laungan Azan, Peguam Wanita Teruk Dikecam

Baru-baru ini, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang peguam wanita di laman Twitternya telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalang warganet, lebih-lebih lagi individu beragama Islam.

Melalui balas ciapan yang dibuat, peguam tersebut didakwa persoalkan keperluan speaker yang lebih kuat di masjid bagi laungan azan.

Advertisement

Menurutnya, pada zaman kini, kebanyakkan orang Islam sudah mempunyai aplikasi di telefon mereka untuk mengingatkan waktu azan.

peguam persoal speaker azan

Kenyataan tersebut dilontarkan oleh peguam tersebut susulan isu laungan azan di surau kondominium Tanjong Tokong, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Meninjau di ruangan komen tweet tersebut, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangan peguam tersebut dan menyangkal dakwaannya bahawa kebanyakkan orang Islam kini hanya mendengar azan melalui telefon bimbit sahaja.

komen netizen

komen netizen

Barangkali sedar diri menerima kecaman yang hebat daripada warganet, peguam wanita itu tampil menjelaskan kenyataannya bahawa dia bukan persoalkan keperluan azan melalui speaker, tetapi hanya persoalkan keperluan pembesar suara yang lebih kuat saja.

Tambahannya lagi, dia hanya mahu memberi cadangan kepada umat Islam untuk menggunakan aplikasi azan di telefon bimbit seandainya tidak dengar laungan azan di masjid ataupun surau.

peguam persoal speaker azan

1 year ago

"Stop Sebar Benda Tak Betul" - Buat Kenyataan Azan Kena 'Slow', Netizen 'Panas' Dengan PU Riz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...