Baru-baru ini, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang peguam wanita di laman Twitternya telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalang warganet, lebih-lebih lagi individu beragama Islam.
Melalui balas ciapan yang dibuat, peguam tersebut didakwa persoalkan keperluan speaker yang lebih kuat di masjid bagi laungan azan.
Menurutnya, pada zaman kini, kebanyakkan orang Islam sudah mempunyai aplikasi di telefon mereka untuk mengingatkan waktu azan.
Kenyataan tersebut dilontarkan oleh peguam tersebut susulan isu laungan azan di surau kondominium Tanjong Tokong, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Meninjau di ruangan komen tweet tersebut, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangan peguam tersebut dan menyangkal dakwaannya bahawa kebanyakkan orang Islam kini hanya mendengar azan melalui telefon bimbit sahaja.
Barangkali sedar diri menerima kecaman yang hebat daripada warganet, peguam wanita itu tampil menjelaskan kenyataannya bahawa dia bukan persoalkan keperluan azan melalui speaker, tetapi hanya persoalkan keperluan pembesar suara yang lebih kuat saja.
Tambahannya lagi, dia hanya mahu memberi cadangan kepada umat Islam untuk menggunakan aplikasi azan di telefon bimbit seandainya tidak dengar laungan azan di masjid ataupun surau.