Baru-baru ini, satu video di platform TikTok memaparkan satu rancangan masakan, Dapur Tempur menjadi tular kerana komen yang diberikan oleh juri tetap iaitu Sheila Rusly dianggap berlebihan.
Dapat dilihat dalam video berkenaan, Sheila memberi komen dengan cara yang kurang beradab terhadap peserta yang memasak satu juadah untuk dirasa oleh para juri.
Kebanyakkan netizen yang menonton berasa kurang senang melihat juri terbabit berkelakuan seperti itu hingga memintanya untuk memohon maaf kepada peserta berkenaan.
Bukan hanya netizen berasa tidak berpuas hati, malah adik kepada cef selebriti terkenal, Anis Nabilah iaitu Aisya Hasnaa turut meluahkan rasa kesal.
Katanya, tidak wajar Sheila berkelakuan sedemikian dan turut merasakan sengaja berbuat seperti itu kerana mahu meraih perhatian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.