Baru-baru ini pelakon, Puteri Balqis berkongsi satu tangkap layar skrin perbualan antara dia dan ibunya di Instagram.
Dalam perbualan tersebut, dapat dilihat Puteri Balqis menyakat ibunya dengan menyamakan kecantikan wanita itu dengan ikan belut.
Tunggu 10 minit nak reply rupanya cari angle selfie. Keindahanmu bagaikan ikan belut.”
Ibu Puteri Balqis turut membalas mesej berkenaan dengan gaya berseloroh dan mendakwa mahu merendam Balqis ke dalam paya ketika dia masih kecil.
Walau bagaimanapun, gurauan anak-beranak itu diambil serius oleh warganet yang rata-ratanya mengecam bahasa yang digunakan oleh wanita itu kepada Puteri Balqis yang dianggap kasar.
Dalam pada itu, ada juga segelintir yang menyamakan gaya penulisan mesej ibu Puteri Balqis dengan budaya rempit kerana menggunakan ejaan yang salah.
Sekadar info, Puteri Balqis sebelum ini pernah mendakwa bahawa dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapa kandungnya sendiri.