“Perlu Ke Buat ‘Live’ Sebelah Jenazah?” – Aida Aris Ditegur Netizen Tidak Hormat Ketika Ziarah Anak Amyza Adnan

Viral

“Perlu Ke Buat ‘Live’ Sebelah Jenazah?” – Aida Aris Ditegur Netizen Tidak Hormat Ketika Ziarah Anak Amyza Adnan

Industri seni tanah air baru-baru ini dikejutkan dengan pemergian putera sulung pelakon dan pelawak Amyza Adnan, Allahyarham Andre Mikhail yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur selepas bertarung dengan kanser paru-paru tahap tiga.

Di sebalik kehadiran rakan selebriti yang datang menziarahi, timbul pula kontroversi apabila pelakon Aida Aris mencetuskan teguran netizen selepas dilihat melakukan sesi ‘live’ di media sosial ketika berada di sisi Amyza dan jenazah arwah pada malam sebelum pengebumian.

Advertisement

Menerusi sedutan siaran langsung yang dimuat naik di TikTok, Aida yang berpakaian serba hitam dilihat duduk bersebelahan Amyza yang sedang berehat di sisi jenazah anaknya, sambil membaca komen daripada penonton yang menyertai sesi tersebut.

“Ramadan Ini Perit, Sangat Perit” – Amyza Adnan Terima Ketentuan Allah Atas Kehilangan Anak Sulung

Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi negatif apabila ramai netizen mempersoalkan kewajaran melakukan ‘live’ dalam suasana sedemikian. Antara komen yang ditinggalkan ;

“Berpada-pada lah akak nak buat live, tengok situasi.”

“Aku ni tulis padam, geram pula rasa hati, sebelah jenazah tu kak oi, kesian la keluarga arwah terutama ibunya yang tengah bersedih.”

“Perlu ke live sebelah jenazah.”

“Tolong hormat keluarga jenazah. Tak payah la buat live macam ni.”

Jenazah Andre Mikhail telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana sekitar jam 10.40 pagi selepas dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Khairiah AU3.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

amyza adnan anak meninggal
2026-02-24 14:10:14

"Ramadan Ini Perit, Sangat Perit" - Amyza Adnan Terima Ketentuan Allah Atas Kehilangan Anak Sulung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...