Perlu Jalani Kuarantin Wajib, Wany Hasrita Kini Diarah Pakai Gelang Pink

Hiburan

Perlu Jalani Kuarantin Wajib, Wany Hasrita Kini Diarah Pakai Gelang Pink

Selepas mendedahkan kepada umum bahawa dirinya menjadi salah seroang kontak rapat kepada penyanyi Alif Satar yang disahkan positif tempoh hari, penyanyi Wany Hasrita akui beliau kini perlu menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari.

Wany hasrita kena pakai gelang pink

Advertisement

Katanya, beliau juga dikehendaki untuk memakai gelang berwarna pink sebagai salah satu prosedur operasi standard yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

“Semalam saya kena pakai gelang pink sebab nama saya naik sebagai kontak rapat. Jadi, saya kena pergi klinik kesihatan untuk memakai gelang dan menerima surat kuarantin.”

Wany hasrita kena pakai gelang pink

Menurut laporan Gempak, beliau telah mengambil keputusan untuk tinggal berasingan dengan ahli keluarganya buat sementara waktu sepanjang tempoh kuarantin. 

“Sebenarnya boleh sahaja duduk di rumah sendiri, namun, di rumah saya ada ibu. Ibu pun sudah berusia jadi, saya tak mahu ambil risiko itulah. Nisa (pembantu peribadi) pun di rumahnya ada keluarga, jadi kita buat keputusan untuk duduk di sebuah rumah lain. Jadi, sekarang ini, saya berdua sahaja dengannya di rumah.”

Terdahulu, posting di Instagram Wany seakan menimbulkan tanda tanya netizen mengapa dirinya memakai gelang pink. 

Wany hasrita kena pakai gelang pink

Dedah Wany, beliau bakal menjalani ujian Rapid Test Kit (RTK) antibodi pada 3 Disember depan.

“Kalau ujian tersebut negatif, dah boleh potong gelang dan tidak perlu kuarantin lagi.”

Untuk rekod, Wany sebelum ini telah terlibat dalam melakukan persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-35 yang turut dihadiri penyanyi Alif Satar.

Wany hasrita kena pakai gelang pink

Rentetan itu, sejumlah besar artis yang terlibat telah menjalani ujian saringan bagi mengetahui status kesihatan diri masing-masing.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...