Pakar ekonomi menyuarakan kebimbangan mengenai pengangguran, selepas angka-angka rasmi menunjukkan sehingga 75,000 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan sejak 2015 dan hampir 200,000 graduan menganggur selama lebih 6 bulan.
Mereka menjangkakan prospek kekal suram dalam tempoh beberapa tahun akan datang kerana syarikat-syarikat mengurangkan kos bagi membayar hutang.
Prof Mohd Nazari Ismail dari Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti berkata, rakyat Malaysia perlu menghadapi realiti zaman yang lebih sukar dan bersedia “merebut mana-mana kerja sambilan, sementara atau kerja bergaji rendah”.
Beliau berkata rakyat Malaysia tidak boleh mengharapkan pekerjaan dengan gaji tinggi. “Masa sudah berubah. Itulah hakikatnya,” katanya, lapor FMT.
“Pada masa ini, syarikat-syarikat tidak mengambil pekerja kerana mereka mahu pengurusan yang kecil. Mereka memerlukan wang tunai tambahan untuk membayar hutang. Beberapa syarikat tidak tahu jika mereka akan terus bertahan. Pekerja tidak akan tahu bila mereka hilang pekerjaan,” katanya.
Nazari berkata banyak syarikat mengambil pinjaman pada masa ekonomi baik untuk bersaing dengan satu sama lain.
“Kini dengan masa yang sukar, syarikat-syarikat terpaksa melaksanakan pengurusan lebih kecil dengan mengurangkan tambahan bagi mengendalikan dan menguruskan kewangan mereka.”