“Perlu Fikir Periuk Nasi Orang Lain Juga” – Misha Omar Akui Terkilan Dengan Saranan Pengurangan Aktiviti Hiburan

Hiburan

“Perlu Fikir Periuk Nasi Orang Lain Juga” – Misha Omar Akui Terkilan Dengan Saranan Pengurangan Aktiviti Hiburan

Penyanyi Misha Omar mengakui terkilan dengan pandangan pihak tertentu yang menyarankan agar aktiviti hiburan dikurangkan hanya kerana negara dilanda musibah.

Misha Omar
2 years ago

"Saya Terus Redah Air Banjir Dengan 'Heels' Keluar Dari Situ" - Misha Omar

Advertisement

Apa yang membuatkan Misha lebih kesal adalah pendapat tersebut dikatakan telah disuarakan oleh individu yang punca pendapatannya adalah daripada dunia seni.

Industri kita baru hendak bermula. Jangan bunuh jiwa atau patahkan semangat anak seni lain yang mahu cari rezeki.

Menurut Misha, dia akur dengan hakikat bahawa setiap orang mempunyai pendapat mereka sendiri namun dia tidak boleh paksa atau laksanakan apa yang mereka suarakan itu.

Tambah Misha, mereka perlu ingat bahawa apa yang disuarakan oleh mereka akan menjadi perhatian peminat dan pasti akan dipersetujui kerana mereka adalah selebriti serta mempunyai ramai pengikut.

Misha mengulas pandangan segelintir penggiat seni yang menyarankan stesen televisyen (TV) mengurangkan program hiburan yang dianggap tidak sensitif berikutan musibah banjir yang melanda negara.

Misha Omar

Misha turut memaklumkan bahawa pihak berpandangan sedemikian perlu memikirkan kesan kenyataan dibuat mereka kerana boleh mengakibatkan periuk nasi orang lain terjejas.

Apabila industri hiburan bergerak, secara tidak langsung ia akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada mereka yang berkaitan seperti pemuzik, jurusolek dan sebagainya.

Ujar Misha lagi, tidak semestinya kita tidak fikir tentang kesusahan yang dihadapi insan lain atau langsung tidak membantu mereka apabila kita berhibur kerana apapun, hidup mesti diteruskan.

Sekadar info, Misha mengulas perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media majlis Malam Gala Amal Bunga Bunga Cinta Misha Omar anjuran The H Entertainment Sdn Bhd di ibu negara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...