“Perlu Berusaha Sehabis Baik Untuk Keluar Jika Bekerja Dalam Sektor Bank Konvensional” – Mufti

Gaya Hidup

“Perlu Berusaha Sehabis Baik Untuk Keluar Jika Bekerja Dalam Sektor Bank Konvensional” – Mufti

Baru-baru ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Luqman Abdullah ada mengeluarkan kenyataan saranan kepada para pekerja yang berada dalam dunia pekerjaan bank berstatus konvensional untuk berusaha sehabis baik agar mencari pekerjaan halal yang lain.

Menurut Luqman, para pekerja yang terlibat dengan bank konvensional dibahagikan kepada dua kategori iaitu secara tidak langsung dan secara langsung dengan unsur riba.

Advertisement
MuftiSumber : Google  

Susulan daripada itu, Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Mohd Nor tampil mengulas saranan tersebut.

Menurut Wan Salim,  jika dalam keadaan darurat atau terpaksa bekerja akibat ketiadaan alternatif pekerjaan halal, orang Islam dibenarkan bekerja di bank konvensional.

Perlu diketahui bahawa hukum ketika seseorang berada dalam situasi darurat atau terdesak adalah dianggap suatu kekecualian daripada hukum biasa atau hukum asal.

Ia adalah kebenaran sementara sahaja, bukan tetap atau kekal.

Ujarnya lagi, pekerja perlu berusaha terlebih dahulu mendapatkan kerja diakui syarak dan sesudah mendapat kerja yang sesuai dan halal, barulah tinggalkan kerja di tempat yang haram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Influencer tiktok
11 months ago

'Influencer' Dakwa Ada Restoran Guna Air Kencing Toyol Untuk Masak Kari, Persatuan Restoran Mamak Buat Laporan Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...