Perlu Bayar RM4 Untuk Ambil Daging Korban, Alasan Kos Operasi Dan Tenaga Kerja – “Orang Yang Ada Kupon Tak Dilayan”

Dunia

Perlu Bayar RM4 Untuk Ambil Daging Korban, Alasan Kos Operasi Dan Tenaga Kerja – “Orang Yang Ada Kupon Tak Dilayan”

Tular di media sosial apabila sebilangan penduduk di sebuah kampung di Bekasi, Indonesia meluahkan rasa tidak puas hati kerana perlu ‘membayar’ sejumlah wang sebelum mengambil daging korban.

Dalam satu video yang menjadi tular itu, beberapa wanita mengaku ada membayar Rp15,000 (RM4) bagi setiap bungkusan daging.

Advertisement

Perkara tersebut kemudiannya menjadi bahan bualan ramai kerana pengagihan daging korban sepatutnya diberi secara percuma kepada penerima yang layak.

Difahamkan, salah seorang ahli jawatankuasa korban yang dikenali sebagai Tarmin tampil menjelaskan isu sebenar.

Menurutnya, lembu korban tersebut diperoleh daripada hasil sumbangan penderma yang tidak menyediakan kos tambahan.

Berikutan itu, jawatankuasa itu bersetuju mengenakan caj minimum sebagai kos operasi dan tenaga kerja.

Setelah ia menjadi tular, Tarmin memohon maaf kepada semua pihak di atas kekeliruan yang timbul.

Dia juga mengakui perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aliff syukri matang buat content
1 hour ago

Dah Tak Terkinja-Kinja, Netizen Puji Aliff Syukri Lebih Matang Dalam Buat Konten - "Papa Nak Jadi Lebih Baik.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...