Perlu Atau Tak Pertikai Harga kek “HomeMade” Berbanding Kedai? Lelaki Ini Beri Penjelasan..

Trending

Perlu Atau Tak Pertikai Harga kek “HomeMade” Berbanding Kedai? Lelaki Ini Beri Penjelasan..

Kadang-kadang rasa terkilan. Mana tidaknya, ada orang boleh bayar pelamin sampai RM5,000 dan lebih lagi. Duduk adalah dalam 10-15 minit. Baju kahwin boleh bayar RM500-RM1,000. Paling kurang dua pasang dan paling lama pun pakai dua jam sahaja.

Advertisement

Make up, paling kurang RM500 tetapi ada yang sampai RM2,000 hanya untuk calit-calit dan touch up muka. Photographer pula, fuh! Sakan nak bayar RM1,500 ke atas.

Tapi bila kek kahwin, bajetnya RM100 – RM150. Bunga nak sepenuh-penuhnya. Kek nak bertingkat-tingkat. Kalau boleh siap meja khas untuk kek dan dihias cantik. Siap tanya takkan tak ada free cupcake?

Kenapa yang lain boleh je mahal bila soal kek, nak semurah-murahnya?

Hello? Di kedai ** itu, kek tak ada bunga-bunga, deko-deko okey. Jual kek paling murah RM7+ sepotong. Sebiji paling murah RM80+. Ada kau minta diskaun semasa buat pembayaran? Kenapa tak minta?

Kalau kau tempah dengan mereka, mesti mereka minta deposit. Kenapa bagi deposit? Kenapa sign borang dan resit? Dia ada beritahu kan, kalau tak tuntut keknya, deposit hangus. Satu sen pun takkan dapat balik.

Betul tak?

Nak cerita sikit.

Tahu tak kilangnya di mana? Yang tahu itu, alhamdulillah. Yang tak tahu, cubalah Google. Buat di kilang entah mana. Buat banyak-banyak simpan stock dua tiga bulan. Selepas itu simpan dalam chiller.

Kau nak bandingkan dengan homemade yang sedikit mahal?

Kedai, sekali beli bahan mentah, satu lori/kontena yang datang. Mereka dapat harga murah, harga borong, harga undertable. Walaupun coklat yang digunakan coklat import.

1. Orang lain beli Belgium Chocolate 1 tong 5 kilogram RM600, mereka dapat RM300 bagi 1 tong 5 kilogram.
2. Orang lain beli Diary Whipping Cream 1 kotak RM15, mereka boleh dapat 1 kotak RM8.
3. Orang lain beli cream cheese philadelphia 2 kilogram RM60+, mereka boleh dapat RM40.

Kau masih nak bandingkan dengan harga kek homemade?

Guna otak sebelum mempertikaikan harga kek homemade. Tak perlu buat perbandingan homemade dengan kedai. Kau ingat setiap hari ke orang beli kek di kedai?

Ye, ada masanya dalam sehari berbelas-belas orang beli kek dan ada masanya tak ada orang beli kek langsung. Begitu juga dengan homemade.

Bezanya homemade, bila ada orang, barulah terhegeh-hegeh nak timbang bahan, nak bancuh adunan. Bukan dah 2-3 hari (untuk 2-3 hari, kalau 2-3 bulan) di kilang macam mana?

Jadi aku dah jelaskan kenapa kek di kedai murah sedikit berbanding kek homemade.

Mereka bayar sewa kedai/kilang, manakala kita pula buat di rumah. Kalau aku sewa kedai, agak-agak kalau production sikit-sikit, kek aku akan jadi lebih murah? Begitu?

Kredit : Fauzi Karim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...