Perlis Pun ‘Kalah’, Hanya 10 Penduduk Direkodkan, Kampung Bandar Terus Bertahan dengan Warisan Sejarah

Kehidupan

Perlis Pun ‘Kalah’, Hanya 10 Penduduk Direkodkan, Kampung Bandar Terus Bertahan dengan Warisan Sejarah

Sebuah kampung di pinggir Sungai Perak mencuri perhatian apabila hanya tinggal 10 orang penduduk tetap yang masih mendiami kawasan itu.

Kampung Bandar, walaupun kecil dari segi jumlah penduduk, masih mengekalkan kemeriahan dengan aktiviti harian dan usaha mengekalkan warisan sejarahnya.

Advertisement

Menurut laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bandar, Azman Basir, 60, berkata penduduk semasa terdiri daripada empat wanita dan enam lelaki berusia antara 30 hingga 80 tahun, yang menetap di enam buah rumah kayu.

Difahamkan, ramai penduduk asal berpindah ke kawasan lain berikutan kampung itu sering dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh.

Banjir berlarutan sejak lama dan ia umpama rutin tahunan kerana kedudukan kampung kami betul-betul di pinggir Sungai Perak.

Pada 2014, 40 penduduk dipindahkan ke Taman Tan Sri Megat di Bukit Chawi kira-kira tujuh kilometer (km) dari sini. Namun, mereka masih kerap datang ke sini kerana bekerja di kebun sawit selain menjadi nelayan darat.

Rumah tradisional di kampung itu dibina tinggi dari tanah sebagai langkah berjaga-jaga, namun banjir besar pada 1964 dan 2014 tetap menjejaskan struktur rumah apabila paras air mencecah sehingga lima kaki.

Azman turut menjelaskan bahawa nama asal kampung tersebut ialah ‘Bandau’, yang membawa maksud pelabuhan, berikutan lokasinya yang strategik sebagai laluan perdagangan sekitar abad ke-19.

Antara tinggalan sejarah yang masih wujud ialah Masjid Al-Madinah yang dibina pada 1890, selain kawasan itu juga pernah menjadi pusat pemerintahan negeri dan menempatkan makam Sultan Perak ke-15, Sultan Iskandar Dzulkarnain (mangkat 1765), serta Sultan Perak ke-21, Sultan Shahabuddin Riayat Shah (mangkat 1851), masing-masing di Pulau Indera Sakti dan Kampung Tanjung Penangguh dalam Mukim Bandar.

Turut terdapat di kawasan kampung ialah makam Mufti Perak pertama, Muhammad Zain Muhammad Amin.

Dahulu, kampung ini pernah menempatkan balai penghulu dan klinik kesihatan, namun kedua-dua dipindahkan ke Bukit Chawi.

Bangunan kerajaan yang tinggal hanya Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar yang mempunyai tujuh guru serta 10 murid.

Disebabkan jumlah lelaki yang menetap di kampung itu tidak mencukupi untuk solat Jumaat, mereka akan ke Masjid Kampung Bukit Chawi.

Kampung bandau 10 pendudukSumber : Harian Metro / L.Manimaran  

Namun suasana kembali hidup setiap kali Aidilfitri apabila ratusan anak perantau pulang ke kampung halaman.

“Bagaimanapun, setiap kali Aidilfitri, Masjid Al-Madinah bertukar meriah kerana ratusan anak perantau pulang untuk solat sunat Aidilfitri.”

“Walaupun kampung ini kurang penduduk, tetapi kami berusaha menarik pelancong melawat kampung yang kaya dengan sejarah dan sumber perikanan agar tidak ketinggalan,” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Individu Kecewa Cuti Tahunan Ditolak Gara-Gara Tiada Dokumen Sokongan - "Nak Cuti Pun Payah.."
1 week ago

Individu Kecewa Cuti Tahunan Ditolak Gara-Gara Tiada Dokumen Sokongan - "Nak Cuti Pun Payah.."

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...