Perletakan Jawatan Perdana Menteri Tidak Berbangkit

Trending

Perletakan Jawatan Perdana Menteri Tidak Berbangkit

Sebentar tadi baru sahaja selesai perutusan khas Perdana Menteri bagi menjelaskan situasi sebenar politik negara pada waktu ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awalnya memohon maaf kerana terpaksa menyelesaikan konflik politik yang berlaku walaupun negara pada waktu ini sedang menghadapi wabak Covid-19.

Lapan orang sahaja tarik sokongan!

Muhyiddin memaklumkan dia turut telah menerima warkah Agong yang memaklumkan hanya lapan Ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan kepada Perdana Menteri.

Advertisement

Dengan itu Perdana Menteri masih menerima sokongan majoriti. Perletakan jawatan Perdana Menteri di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan juga tidak berbangkit sama sekali.

Muhyiddin juga telah mengadap Agong pada jam 11 pagi tadi di Istana Negara. Agong turut memperkenankan cadangan Perdana Menteri untuk melakukan keabsahan Perdana Menteri dan usul percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen pada September 2021.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...