Perlekeh Proklamasi Darurat, Azwan Ali Dipanggil Bukit Aman Bagi Bantu Siasatan

Hiburan

Perlekeh Proklamasi Darurat, Azwan Ali Dipanggil Bukit Aman Bagi Bantu Siasatan

Pada hari ini, Bukit Aman mengesahkan bahawa pihak mereka telah memanggil Azwan Ali untuk membantu siasatan mengenai penularan sebuah klip video baru-baru ini.

Menurut pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, siasatan tersebut dijalankan kerana pengacara popular itu dipercayai memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong.

Advertisement

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) mengesahkan menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan terhadap klip video Azwan Ali kerana didapati telah memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong. Rakaman video berdurasi 41 saat tersebut telah ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Zai Mikail pada 12 Januari 2021.”

azwan ali

Sisatan itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pada 21 Januari 2021, Azwan Ali telah dipanggil ke Pejabat USJT, Bukit Aman bagi membantu siasatan. Siasatan akan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah memuat naik dan menularkan klip video tersebut.”

Justeru itu, PDRM turut meminta orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak meggunakan platform tersebut hingga boleh mendatangkan kegentaran pada orang awam selain menggugat keharmonian negara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...