March 25th, 2020

Umum mengetahui petugas kesihatan mengorbankan masa dan bertungkus-lumus melaksanakan tanggungjawab untuk membendung pandemik wabak COVID-19. Bagaimanapun, agak terkilan apabila sesetengah pihak tidak menghargai pengorbanan mereka.

hospital putrajaya laporan polis diva aa dayangku intan

Terbaru, Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya dan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan wabak tersebut.

Video pertama adalah milik penyanyi Dayangku Intan yang mempunyai impak tontonan tinggi dan juga video milik Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang menyokong isu dibicarakan oleh Dayang.

Dayangku Intan luah rasa tidak puas hati, Diva AA sokong

Dayang berkata, dia mengalami demam, sakit kepala tekak dan badan. Menyedari simptom yang dialami mempunyai persamaan dengan virus COVID-19. Dia segera ke Hospital Putrajaya bagi melakukan pemeriksaan. Ia juga atas saranan seorang teman baik yang juga doktor pakar.

Namun, menerusi luahannya itu dia mendakwa mendapat layanan kurang memuaskan.

hospital putrajaya laporan polis diva aa dayangku intan

Laporan polis

hospital putrajaya laporan polis diva aa dayangku intan

Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said berkata isu berkenaan telah sengaja diperbesar-besarkan dengan perkataan kesat terhadap petugas kesihatan yang menjalankan tugas. Pihaknya memandang serius akan perkara ini dan turut kesal dengan tindakan kedua-dua selebriti itu.

Menurutnya, orang awam seharusnya lebih peka dengan keadaan semasa wabak COVID-19 dan setiap petugas kesihatan telah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan sepanjang mengendalikan wabak itu. Apa yang dilakukan oleh Dayang dan Diva AA  telah memberi tekanan emosi kepada para petugas.

hospital putrajaya laporan polis diva aa dayangku intan

Pada pendapat kami, kerja keras petugas kesihatan di barisan hadapan yang berdepan dengan kes-kes jangkitan COVID-19 di negara ini harus dipuji. Mereka sedia berkhidmat dan berkorban demi masyarakat dan negara.

Namun, kita jangan lupa mereka juga manusia biasa, ada rasa tertekan dan penat. Setiap hospital di Malaysia dalam keadaan gawat dan ramai petugas ‘burn out’. Apa salahnya kalau kita memahami juga keadaan mereka?

Sumber Berita : Hospital Putrajaya & Astro Awani

18 responses to “Perlekeh Petugas Kesihatan, Hospital Putrajaya Buat Laporan Polis Terhadap Diva AA & Dayangku Intan”

  1. Frontliner and backbencher says:

    Selalu by pass je gossip x komen..but this time tpanggil nk sokong luahan hati dayangku intan ni..any field of services pun especially health care, frontliners as in the customer service is very important..mungkin sbb da tbiasa customer service kt malaysia ni amik feedback or complaint SELEPAS instead of SEBELUM..padahal the 1st impression is what matters most..apa salahnya duduk sat explain bebaik why dia x perlu risau etc2 rather than tanya closed ended questionnare camtu yg limitkn org utk dptkn jawapan kepada kerisauan dia..i mean, she came with symptoms and worry kot2 dia ada contact dgn org yg ada covid19 since she met many people recently..bukannya saje2 dtg nk wat random test kot2 tkena. lgpun, bukannya kau blh tau immediately kau ada sakit tu. cuba smlm aku jumpa si A pastu 2hari pastu si A tested +ve tapi aku xtau? itu jugak yg jadi punca outbreak dari kluster tabligh. depa yg xpi pun jadi konfius. Eh, aku xpi istima, tapi sblm kes ni kecoh ritu n blm stat perintah kuarantin, aku solat sblh abg tu yg xpi, tapi dia ada pi kenduri kawen anak abg yg pi istima. Skrg ni aku batuk n demam teruk. Kalau misi tanya aku ada contact dgn sape2 yg tabligh or keluar negara cane eh? aku bukan jumpa direct. Even worse, aku solat jumaat sblm MCO. Tetiba aku sakit teruk, hospital kata aku covid19. Depa tanya, aku tabligh ke? Tak. Gi oversea? Tak. Contact ngan sapa2 yg +ve? Tak. Abes tu camne kena? Mana aku tau! It can also be sporadic. Kalau aku follow advice MO bg kat dayangku intan ni, CONFIRM aku xde pape punya. jgn nanti bila patient yg concern ni +ve covid19 baru korang semua nak melompat..papepun i have nothing against the hospital or doctors..family aku pun ada doktor..tapi x salah if u treat and address her concerns nicely..wpun setakat amik temperature and send her home to self quarantine herself just in case..jgn xtau ada oversea case yg tested -ve dua kali sekali alih2 +ve..camno tu?

  2. Anonymous says:

    Dia cakap tu betul sangat sekadar pandangan saja…luahan hati…

  3. puan says:

    btul..sokong macik kepoh..rsenye ni just pengalaman dia je..btul apa dia ckp

  4. Macik kepoh says:

    Pada aku apa yg dayangku intan ckp is a feedback bukan menjatuhkan or complaint ke korang yg bash ni x tgk video tu habis?

  5. Anonymous says:

    Kan dah byk kali iklan keluar kt semua media, call CPRC dulu, kalo terjah kt hosp jek, mmg payah la, kalo masuk lg bilik saringan tu, lg la terdedah dgn virus covid19 ?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini