March 25th, 2020

Umum mengetahui petugas kesihatan mengorbankan masa dan bertungkus-lumus melaksanakan tanggungjawab untuk membendung pandemik wabak COVID-19. Bagaimanapun, agak terkilan apabila sesetengah pihak tidak menghargai pengorbanan mereka.

hospital putrajaya laporan polis diva aa dayangku intan

Terbaru, Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya dan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan wabak tersebut.

Video pertama adalah milik penyanyi Dayangku Intan yang mempunyai impak tontonan tinggi dan juga video milik Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang menyokong isu dibicarakan oleh Dayang.

Dayangku Intan luah rasa tidak puas hati, Diva AA sokong

Dayang berkata, dia mengalami demam, sakit kepala tekak dan badan. Menyedari simptom yang dialami mempunyai persamaan dengan virus COVID-19. Dia segera ke Hospital Putrajaya bagi melakukan pemeriksaan. Ia juga atas saranan seorang teman baik yang juga doktor pakar.

Namun, menerusi luahannya itu dia mendakwa mendapat layanan kurang memuaskan.

hospital putrajaya laporan polis diva aa dayangku intan

Laporan polis

hospital putrajaya laporan polis diva aa dayangku intan

Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said berkata isu berkenaan telah sengaja diperbesar-besarkan dengan perkataan kesat terhadap petugas kesihatan yang menjalankan tugas. Pihaknya memandang serius akan perkara ini dan turut kesal dengan tindakan kedua-dua selebriti itu.

Menurutnya, orang awam seharusnya lebih peka dengan keadaan semasa wabak COVID-19 dan setiap petugas kesihatan telah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan sepanjang mengendalikan wabak itu. Apa yang dilakukan oleh Dayang dan Diva AA  telah memberi tekanan emosi kepada para petugas.

hospital putrajaya laporan polis diva aa dayangku intan

Pada pendapat kami, kerja keras petugas kesihatan di barisan hadapan yang berdepan dengan kes-kes jangkitan COVID-19 di negara ini harus dipuji. Mereka sedia berkhidmat dan berkorban demi masyarakat dan negara.

Namun, kita jangan lupa mereka juga manusia biasa, ada rasa tertekan dan penat. Setiap hospital di Malaysia dalam keadaan gawat dan ramai petugas ‘burn out’. Apa salahnya kalau kita memahami juga keadaan mereka?

Sumber Berita : Hospital Putrajaya & Astro Awani


18 responses to “Perlekeh Petugas Kesihatan, Hospital Putrajaya Buat Laporan Polis Terhadap Diva AA & Dayangku Intan”

  1. Anonymous says:

    nampak bodoh diri sendiri je makcik ni ??

  2. Anonymous says:

    Nextime pergi hospital private…nk layanan kelas A… kt sana pom boleh saring…

  3. Xvid8teen says:

    Eh malu la..nama je putrajaya tapi layanan level pariajaya

  4. Anonymous says:

    Korang ni ber terima kasih takde tau nak condemn je..nak tau ade ke xde kan kena kuarantin 14hari..dh byk KKM share macam mana cara nk saring..yg dia pulak pegi keluar sana sini terima n jumpa org sana sini tu kenapa..kn dh kata social distancing…lepas tu nak cakap kena bg penerangan..rasa berlambak dh penerangan dh bg …ni semua manusia yg x reti bersyukur n menghargai org..tau fikir diri sdri je

  5. Abg malek says:

    Sape kat hospital putrajaya nak beli ayang goreng berempah saya sila hubungi 01236885963

Loading...