Difahamkan dari laporan, perlawanan tinju melibatkan dua influencer popular iaitu DMA Islam dan Abang Koroy telah pun dibatalkan disaat akhir susulan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai penganjuran acara tinju itu.
Pihak KBS menyambut baik keputusan membatalkan acara terbabit kerana ia tidak selari dengan objektif utama Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2025.
DMA Islam luah rasa marah
Sudah semestinya tidak mendiamkan diri, DMA Islam tampil memuat naik satu video di laman Instagramnya dengan meluahkan rasa marah terhadap pihak KBS yang membatalkan acara tinju tersebut.
Aku datang training penat-penat daripada Kelantan ke KL. Aku commit 3 bulan training tiba-tiba korang nak batalkan macam tu je?! Kau menyusahkan banyak orang.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pempengaruh tersebut turut persoalkan kenapa perlu sampai banned dirinya dari menyertai sebarang sukan hanya kerana konten ‘panas’ yang melibatkan topik ‘budak Masscom‘ yang disuarakan olehnya sebelum ini.
‘Korang goyang dengan konten aku ke?’
Masalahnya kenapa kementerian goyang dengan aku? KBS kenapa korang halang aku?
Susulan pembatalan acara disaat akhir, DMA Islam mengambil kesempatan itu untuk turut memohon maaf kepada penyokongnya yang datang dari jauh tetapi tidak dapat melihatnya bertinju.
Maybe PMX kena tukar Hannah Yeoh. Jangan bagi dia handle bahagian belia sukan ni. Maybe boleh bagi dia handle bahagian logistik ke lombong najis ke. Sukan ni bagi dekat orang yang faham aspirasi anak muda Melayu.