Perlakuan Jadi Persoalan, JAIS Sahkan Sajat Disiasat

Hiburan

Perlakuan Jadi Persoalan, JAIS Sahkan Sajat Disiasat

Baru-baru ini kecoh apabila usahawan terkenal iaitu Sajat mendakwa bahawa dia menerima layanan tidak wajar daripada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selain turut ditahan di Pusat Tahanan Sementara di Kuala Kubu Bharu.

Tampil kesal, dia juga mengatakan pihak JAIS sepertinya sengaja melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan serta digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan dek bergelut untuk mempertahankan diri.

Advertisement

Susulan itu, JAIS mengesahkan bahawa Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

SajatSumber : Instagram Sajat  

Menurut JAIS, siasatan tersebut dikatakan dijalankan berikutan terdapat beberapa aduan yang dilaporkan mengenai perlakuannya pada 2018 dan 2020.

Malah jabatan itu turut mengambil maklum mengenai video yang ditularkan usahawan berkaitan insiden membabitkan dirinya dan beberapa orang penguat kuasa JAIS baru-baru ini.

“Dia sudah membuat laporan polis berkaitan insiden itu dan pegawai penguat kuasa berkenaan juga dipanggil untuk memberikan keterangan.”

Nantikan kemas kini lanjut mengenai hal ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...