Perlaksanaan Skim Kawalan Harga Perayaan Aidilfitri, Lebih 300 Peniaga Dikenakan Kompaun

Trending

Perlaksanaan Skim Kawalan Harga Perayaan Aidilfitri, Lebih 300 Peniaga Dikenakan Kompaun

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata lebih 300 peniaga dikenakan kompaun sepanjang pelaksanaan Skim Kawalan Harga perayaan Aidilfitri.

Advertisement

Timbalan menterinya Datuk Henry Sum Agong berkata sehubungan itu pihaknya menggesa individu yang dikenakan kompaun membayarnya.

“Tapi apa kita inginkan ialah kalau boleh tidak ada yang dikenakan kompaun. Itu lebih baik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehingga semalam, kementerian menjalankan 34,495 pemeriksaan yang merangkumi 1,157 premis borong dan 33,338 premis runcit.

“Jumlah rampasan sebanyak RM38,209.22 manakala jumlah keseluruhan kompaun RM57,861.60,” katanya.

Beliau pada masa sama turut menyeru peniaga supaya menjual barangan harga terkawal lebih rendah daripada harga maksimum jika harga yang diperoleh lebih rendah.

Skim kawalan harga bermula pada 16 Jun lalu dan berkuat kuasa sehingga esok.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...