Perlaksanaan PKP 2.0, Pelakon Faradhiya Rindu Zaman Hidup Tanpa Perlu Pakai Pelitup Muka

Hiburan

Perlaksanaan PKP 2.0, Pelakon Faradhiya Rindu Zaman Hidup Tanpa Perlu Pakai Pelitup Muka

Penyanyi dan pelakon yang seperti tidak dimamah usia, Faradhiya memanjatkan harapan agar wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia khususnya negara kita, Malaysia agar dapat dilenyapkan susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara ketika ini yang dijangka berlanjutan sehingga dua minggu.

FarahdhiyaSumber : Google  

Harapan penyanyi lagu popular Bertakhta Di Hati itu telah dizahirkan menerusi satu entri di Instagram Story miliknya, semalam.

Advertisement

Tambahnya lagi, dia juga amat merindui zaman kehidupan tanpa perlu memakai pelitup muka dan mengimpikan agar keadaan kembali normal seperti sedia kala.

Faradhiya Instagram StoriesSumber : Instagran Farahdhiya  

Setelah hampir setahun lebih menghadapi wabak ini, Faradhiya meluahkan rasa rindu untuk bertemu rakan-rakan dan memeluk mereka ketika berjumpa.

Pelakon drama Spa Q itu turut berharap agar perlaksanaan PKP yang bermula hari ini sehingga 26 Januari ini dapat mengurangkan jumlah kes positif yang dilihat semakin meningkat dari hari ke hari.

Terdahulu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan PKP dilaksanakan di enam negeri kritikal iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuah, Melaka, Johor serta Sabah selama 14 hari. Manakala PKP(Bersyarat) dilaksanakan ke atas enam lagi negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Manakalan bagi Perlis dan Sarawak, PKP (Pemulihan) diperintahkan ke atas negeri tersebut sepanjang tempoh tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...