October 30th, 2020

Mendedahkan sebab mengapa beliau bertindak mengenakan niqab, pengacara dan usahawan termuka tanah air, Neelofa kongsi perkara tersebut menerusi sesi live di Instagram Kasih Neelofa sempena sambutan Maulidur Rasul, semalam.

Menurutnya, meskipun akui ia memakai niqab bukanlah perkara yang mudah, namun beliau kini khabarnya berjaya mengorbankam segala perkara yang disukainya iaitu tentang kecantikan selepas memahami dan mengetahui akan segala ganjaran yang diperoleh.

https://www.instagram.com/p/CG7LXxxnQQx/?igshid=v79cejthri1a

“Saya sendiri nak tutup wajah saya dengan niqab ni pun bukan satu perkara yang mudah. Saya tak pernah terfikir akan mengenakan niqab. Tetapi selepas saya faham dan saya tahu tentang ganjaran dan juga apa yang akan diperoleh, maka saya korbankan apa yang saya paling suka iaitu tentang kecantikan.”

Dalam pada itu, beliau juga tidak ketinggalan berkongsikan mengenai pesanan Rasulullah SAW buat wanita dan tafsir mengenai ‘Hur Al-Ayn’ (Bidadari Syurga) daripada Al-Quran mengenai kecantikan sebenar seorang wanita.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa teruja dan tampil mengucapkan terima kasih kerana berkongsi perkara yang mendatangkan manfaat pada semua.

Untuk rekod, perkongsian itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi Kasih Neelofa iaitu PU Riz dan Khairul Hakimin Muhammad selaku moderator.

Sumber: Gempak


3 responses to “Perkongsian Ilmu Bersama PU Riz Raih Pujian Netizen, Neelofa Dedah Sebab Berniqab”

  1. Ada Aku kisah says:

    Try hard nak show off kebaikan diri sendiri. Tu yg niqab pun pakai kain jarang. Berbayang lg kecantikksn wajah. Boleh tembus nmpk..ikhlas ke Tu? Betul hanya Allah saja yg tahu keikhlasan Hati manusia. Tp Kami Bukan lah bodoh sgt..jgn dah kawin laki bg nafkah ciput, tuntut cerai. Skrg Kata, kerana agama gitu Gini..nnt nak cerai pun sbb agama, suami tak bagi nafkah mencukupi..hidup dah biasa Di kayangan, terbang bebas, I am the boss. mmg lingkup rumah tangga..

  2. Anonymous says:

    Kah kah …. Niqab kerana jantan rupanya ….ish ish ish ..udang sebalik mee

    • tecit says:

      kann. geli siot dgn pu perasan hemsem ni. bluekkkk. cian lopak. lopak, aku cdgkan ko bace la byk2 confession dekat iiumc tu. byk kot contoh cinta lepas nikah yg xberape best didengar. dont rush it. firasat aku rase si pu rizz ni mcm ade ciri2 NPD. narsissik ke ape mende ntah name nye haha. tp semestinya mereka lebih kenal masing2. ni pendapat aku je. xbtol pon. tp klu ade firasat tu jgn main2 la. kaji dulu. sblm buat ape2 keputusan. contoh paling dekat pon boleh nampak dah die tinggai ex tunang die utk lopak.

      don wori lopak, masih ramai lg utk kau selain pu rizz gebang tu. please la carik lain huhuhuu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...