Mendedahkan sebab mengapa beliau bertindak mengenakan niqab, pengacara dan usahawan termuka tanah air, Neelofa kongsi perkara tersebut menerusi sesi live di Instagram Kasih Neelofa sempena sambutan Maulidur Rasul, semalam.
Menurutnya, meskipun akui ia memakai niqab bukanlah perkara yang mudah, namun beliau kini khabarnya berjaya mengorbankam segala perkara yang disukainya iaitu tentang kecantikan selepas memahami dan mengetahui akan segala ganjaran yang diperoleh.
“Saya sendiri nak tutup wajah saya dengan niqab ni pun bukan satu perkara yang mudah. Saya tak pernah terfikir akan mengenakan niqab. Tetapi selepas saya faham dan saya tahu tentang ganjaran dan juga apa yang akan diperoleh, maka saya korbankan apa yang saya paling suka iaitu tentang kecantikan.”
Dalam pada itu, beliau juga tidak ketinggalan berkongsikan mengenai pesanan Rasulullah SAW buat wanita dan tafsir mengenai ‘Hur Al-Ayn’ (Bidadari Syurga) daripada Al-Quran mengenai kecantikan sebenar seorang wanita.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa teruja dan tampil mengucapkan terima kasih kerana berkongsi perkara yang mendatangkan manfaat pada semua.
Untuk rekod, perkongsian itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi Kasih Neelofa iaitu PU Riz dan Khairul Hakimin Muhammad selaku moderator.
Sumber: Gempak