Selain daripada Melaka, Ipoh juga antara lokasi yang selalu dikunjungi pada hujung minggu kerana ada beberapa tempat dan makanan menarik di sana. Untuk yang merancang mahu turun ke Ipoh dalam masa terdekat ni, apa kata anda cuba sendiri tempat-tempat makanan yang best di Ipoh yang telah dikongsikan Zaim Najwa di Twitter.
New Hollywood
Kami order kuey tiaw, roti goyang dengan roti bakar 3/5. Macam tipikal sarapan dekat kedai. Kami sampai pagi pukul 9 lebih macam tu so memang pack tak ada meja. Sebelah kedai ni patutnya ada canning dimsum. Tapi masa sampai tak buka.
*Tips – tengok google kedai-kedai yang nak pergi tu buka hari apa dan pukul berapa bagi memudahkan perjalanan anda.
Kuma Cheese Rainbow Bread
Kami pergi jalan-jalan dekat Plan B dengan Concubine Lane. Dekat sini boleh lah kalau nak ambil gambar cantik-cantik dan kat sini juga kami makan Kuma Cheese Rainbow Bread (RM14). Sebabkan ‘murah’ sangat jadi kami share je roti 4 orang.
Ais kepal
Selain roti cheese ni, dekat area jalan ni ada juga ais kepal (RM5). Boleh pilih 4 flavour tapi pandan tak sedap, lain semua sedap.
Platform 9 1/2
Kafe berkonsepkan filem Harry Potter ini baru saja dibuka dan sudah mendapat permintaan yang sangat tinggi daripada peminat filem ini. Tips, untuk masuk tempat ni anda wajib beli minuman butterbrew yang dijual di sini. Anda juga boleh mengambil gambar dengan kostum ala-ala pelajar Hogwarts.
Blue sand museum
Selain kedai Harry Potter ni, kami pergi Blue Sand Museum deret Concubine Lane ni juga. Harga RM6 untuk satu botol kalau anda nak beli.
Plan B
Masih lagi dekat area lane tu, semua tempat tadi kami jalan kaki je sebab semua dekat-dekat. Kalau nak pakai aplikasi Waze cuma taip PLAN B. Dekat cafe Plan B ni boleh ambil gambar dan ada tempat nama Book Xcess.
Funny Mountain Soya
Dah penat jalan and last sebelum tempat check in hotel, kami pergi cuba Funny Mountain Soya. Masa pergi ni tak ramai sebab jumaat. Kalau anda nak tahu, kedai ni boleh drive thru. Anda boleh order dekat tepi, dia hantar dan makan dalam kereta. Mangkuk kena pulang balik. Harga cuma RM3 untuk satu mangkuk!
Nasi Ganja
Makanan wajib yang patut anda cuba setiap kali datang ke Ipoh, pastinya Nasi Ganja! Harga RM5.30 untuk satu pinggan, kalau datang waktu tengahari kena banyak bersabar sebab kena beratur lama.
Selain Ipoh, bagi anda yang ingin bercuti di Kuala Lumpur pada hujung minggu ini boleh cuba menginap di sebuah hotel yang tular selepas dikongsikan di media sosial ini. Pengalaman menginap di hotel tersebut telah dikongsikan oleh pengguna Twitter ini baru-baru ini.
Artikel berkaitan: Wanita Kongsi Pengalaman Unik Menginap Di Hotel Persis 5 Bintang Dengan Harga Yang Cukup Berbaloi