Nama selebriti popular, Nur Fazura kembali menjadi topik hangat di media sosial apabila tular sebuah video menunjukkan dirinya seolah-olah **menjeling seseorang ketika menghadiri majlis Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025.
Klip tersebut mengundang pelbagai spekulasi dan teka-teki netizen yang cuba meneka siapa individu yang duduk tidak jauh daripada Fazura.
Antara nama yang disebut-sebut adalah pelakon Rozita Che Wan, namun perkara itu telah dinafikan sendiri oleh Rozita.
Bodyguard Fazura bersuara
Terbaru, keadaan semakin ‘panas’ apabila bodyguard Fazura pula memuat naik satu hantaran di Instagram Story. Gambar Fazura yang tampil elegan dengan persalinan serba hitam dimuat naik bersama kapsyen berbaur nakal.
“Jangan ingat kami tak tahu ye. Kami jeling je dulu.”
Perkongsian itu sekali lagi mencetuskan pelbagai spekulasi. Ramai netizen menganggap kapsyen tersebut seperti memberi bayangan bahawa ‘jelingan’ Fazura tempoh hari memang mempunyai maksud tertentu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.