Perkongsian Bapa Mentua Tiri Kamal Adli Curi Tumpuan Ramai, Peminat Titip Pesanan – “Tak Ramai Yang Macam Ni..”

Hiburan

Perkongsian Bapa Mentua Tiri Kamal Adli Curi Tumpuan Ramai, Peminat Titip Pesanan – “Tak Ramai Yang Macam Ni..”

Satu video yang tular di aplikasi Threads mencuri perhatian wargamaya apabila memaparkan pelakon Kamal Adli sedang mendodoikan anak perempuannya, Hawra Uqaira, di sebuah kedai makan.

Video berkenaan dimuat naik menerusi satu akaun Threads yang dipercayai milik bapa kepada aktres Raysha Rizrose, iaitu Fariz Rose.

Advertisement

Kamal Adli

“Alhamdulillah… life goes on, move on,” tulisnya secara ringkas.

Menerusi rakaman tersebut, turut kelihatan adik kepada Raysha serta Uqasha Senrose, iaitu Farza Dida, yang berada bersama-sama di lokasi berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa sebak melihat momen Kamal bersama anaknya. Dalam masa sama, ramai yang memuji sikap Fariz Rose yang disifatkan sebagai seorang bapa mentua yang baik dan matang dalam mengendalikan keadaan.

“Alhamdulillah, baiknya bapa mentua.”

“Good father in law. No side mana-mana pihak even anak menantu dah berpisah. Berperanan jadi orang tengah yang tidak melagakan lagi keadaan. Semoga family uncle dilindungi dan dirahmati Allah.”

“Sedih pula tengok Kamal betul-betul rindukan anak dia,” komen wargamaya.

Video berkenaan nyata menyentuh hati ramai, sekali gus mencetuskan perbualan positif mengenai hubungan kekeluargaan dan kematangan dalam menghadapi fasa kehidupan yang sukar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-25 11:26:54

Gara-Gara Dikaitkan Oleh Janna Nick, Puteri Balqis 'Spill Tea' Mengenai Michael Ang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...