Perkhidmatan Bas Percuma Dan 4,000 Tempat Duduk Awam Disediakan Untuk Sambutan Hari Kemerdekaan

Trending

Perkhidmatan Bas Percuma Dan 4,000 Tempat Duduk Awam Disediakan Untuk Sambutan Hari Kemerdekaan

Sempena dengan Hari Kemerdekaan yang akan tiba tidak lama sahaja lagi, pastinya pelbagai persiapan sedang giat dijalankan untuk acara sambutan. Sebanyak 4,000 tempat duduk bertingkat atau kemudahan ‘Human Terrace’ disediakan Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk orang awam yang hadir bagi menyaksikan acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 pada 31 Ogos ini di Putrajaya.

Tengku Aina Tengku Ismail Shah selaku Pengarah Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya (PPj) berkata kemudahan tempat duduk lima tingkat disediakan untuk memberikan keselesaan kepada tetamu yang hadir. Tempat duduk itu terletak dari Menara Prisma ke bulatan Kementerian Kewangan.

Advertisement

sambutan hari kemerdekaan

“Ini adalah kemudahan baharu yang kita sediakan pada tahun ini untuk para pengunjung selain ruang tontonan lain yang disediakan sepanjang laluan perbarisan dan persembahan pada sambutan hari bersejarah itu.”

Seperti kebiasaannya, acara perarakan dan perbarisan diadakan di Putrajaya pada setiap 31 Ogos. Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih merupakan tema yang dipilih untuk Hari Kebangsaan pada tahun ini.

sambutan hari kemerdekaan
Sebagai pihak yang bertanggungjawab, PPj akan menyelaras persiapan logistik bagi sambutan hari kemerdekaan ke-62 dan menyediakan kemudahan human terrace 12 tingkat untuk dif-dif kehormat dengan kapasiti kira-kira 1,500 orang.

Sebanyak 3,000 ruang parkir di kawasan sekitar Presint 2,3 dan 4 disediakan bagi pengunjung yang membawa kenderaan sendiri. Bagi mereka yang selesa menggunakan perkhidmatan awam, perkhidmatan bas percuma dari Putrajaya Sentral, Ayer8 dan MyFarm ke kawasan acara berlangsung yang disediakan bermula jam 7 pagi hingga 2 petang.

Sumber: Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...