Perkeso Tawar Bantuan Buat Pekerja Industri Penerbangan Yang Hilang Kerja

Trending

Perkeso Tawar Bantuan Buat Pekerja Industri Penerbangan Yang Hilang Kerja

Melalui faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sedia ada dan bantuan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kini sedia membantu kakitangan syarikat penerbangan tempatan yang diberhentikan kerja.

Advertisement

Menerusi laporan BERNAMA, untuk mereka yang terlibat dalam pemberhentian kerja seperti Skim Pemisahan Sukarela VSS atau MSS dan mahu mendapatkan maklumat terperinci berkenaan kedua-dua inisiatif tersebut dan tatacara permohonannya, anda disaran supaya melayari laman web rasmi agensi itu.

Selain bantuan mendapatkan pekerjaan baharu menerusi Program Penempatan Pekerjaan Semula, Elaun Mencari Pekerjaan untuk tempoh satu hingga enam bulan juga terkandung dalam faedah SIP.

Malah, Program sama menerusi platform MYFutureJobs di bawah inisiatif PENJANA yang menawarkan latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran turut disalurkan Perkeso.

Bedasarkan laporan, sebanyak 90,470 kes kehilangan pekerjaan direkodkan Perkeso bagi permohonan faedah SIP. Daripada jumlah itu, seramai 33,341 Orang Berinsurans di bawah SIP kini kembali bekerja menerusi program penempatan pekerjaan semula dan Portal MYFutureJobs.

Untuk rekod, Perkeso juga tidak ketinggalan menyediakan Latihan Vokasional dan Kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja yang kehilangan pekerjaan.

Kursus itu juga turut dibiayai Perkeso sehingga RM4,000 manakala peserta menerima elaun latihan RM10 hingga RM20 sehari untuk tempoh maksimum enam bulan.

Sumber: BERNAMA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...