PERKESO Buat Ramalan Kehilangan Pekerjaan Akan Meningkat Hingga 200% Pada Suku Akhir 2020

Trending

PERKESO Buat Ramalan Kehilangan Pekerjaan Akan Meningkat Hingga 200% Pada Suku Akhir 2020

Kesan pandemik COVID-19 bakal menyaksikan kadar pengangguran dan kehilangan pekerjaan meningkat bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia. Kehilangan pekerjaan di Malaysia meningkat 42 peratus bagi suku pertama tahun ini menurut Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menerusi laporan bertajuk ‘Employment Outlook, the 1st Quarter of 2020, Volume 4/2020, The Impact of COVID-19 on Loss of Employment (LOE)’, SIP memaklumkan pandemik ini telah menjejaskan banyak perniagaan sehingga mengalami penurunan permintaan sebanyak 37 peratus atau tidak dapat beroperasi seperti biasa (42 peratus).

Advertisement

Meningkat 200 peratus

Lebih membimbangkan, trend ini hanya dijangka meningkat dari April 2020, menyaksikan kehilangan pekerjaan meningkat 50 peratus kepada 200 peratus tahun ke tahun bagi setiap suku berikutnya pada 2020.

Malah, kadar pengangguran dijangka mencecah empat peratus pada 2020 berbanding 3.2 peratus semasa krisis kewangan Asia pada 1997 dan 3.7 peratus ketika kegawatan ekonomi pada 2018.

perkeso

Angka pemberhentian pekerja juga dijangka sama seperti ketika krisis kewangan Asia pada 1997. Ini semua berikutan langkah pencegahan menerusi Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dan Program Subsidi Upah (PSU) yang diambil kerajaan untuk mengelakkan pemberhentian pekerja secara besar-besaran.

Walaupun kadar pengangguran dalam kalangan belia stabil tahap lapan ke 11 peratus, golongan ini adalah yang paling berisiko tinggi kehilangan pekerjaan. Data itu juga menunjukkan 61 peratus mereka yang kehilangan pekerjaan adalah terdiri dari pekerja yang berusia 40 tahun dan ke bawah.

Pekerja lelaki lebih berisiko

Jantina pekerja juga memainkan peranan penting apabila laporan itu menyebut pekerja lelaki lebih cenderung diberhentikan kerja berbanding pekerja wanita iaitu sebanyak 60 peratus. Ini berdasarkan kenyataan bahawa terdapat lebih ramai pekerja lelaki daripada wanita dalam tenaga kerja.

pekerja lelaki

Gambar sekadar hiasan

Seramai 7.5 juta kakitangan aktif berdaftar dengan PERKESO pada 2019, 1.458 juta bekerja dalam sektor berkaitan pelancongan manakala 1.457 juta bekerja dalam bidang pembuatan.

Laporan itu juga menunjukkan lebih separuh perniagaan yang ditutup adalah syarikat yang memiliki lebih 200 pekerja di sektor pelancongan. Selain itu, sektor pembuatan juga merekodkan pemberhentian pekerja paling banyak setelah terpaksa menutup kilang-kilang.

Pengurangan gaji

Bagi syarikat yang tidak memberhentikan pekerja, pengurangan gaji adalah langkah yang diambil terutama pekerja yang telah bekerja lebih daripada lima tahun kerana gaji mereka biasanya 45 peratus lebih tinggi daripada pekerja baharu.

Pada kadar 41 peratus, pekerja muda berusia 30 tahun dan ke bawah merangkumi majoriti pekerja aktif berdaftar dengan PERKESO, peningkatan enam peratus dari 2018. Daripada jumlah itu, 70 peratus mempunyai pengalaman bekerja kurang daripada dua tahun.

Sebanyak 79 peratus kehilangan pekerjaan berlaku di lima negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan Pulau Pinang. Manakala di negeri lain seperti di negeri seperti Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan, kehilangan pekerjaan tertumpu kepada industri berkaitan pelancongan.

kuala lumpur

Selangor yang paling tinggi dengan 32 peratus.

Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM14.05 bilion untuk membiayai program ERP dan PSU di samping meningkatkan manfaat SIP. Langkah ini adalah sebagai satu usaha mengelakkan pemberhentian pekerja.

Permohonan PSU menunjukkan 79 peratus daripada perniagaan tidak dapat beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan hasil jualan menurun. Kira-kira tujuh peratus syarikat tidak dapat bertahan untuk lebih enam bulan pada rizab semasa sekiranya prospek tidak meningkat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...