Perkerja Tesco Jujur Pulangkan Beg Mengandungi RM2,000 Kepada Pemiliknya

Trending

Perkerja Tesco Jujur Pulangkan Beg Mengandungi RM2,000 Kepada Pemiliknya

Dalam dunia sekarang jika kehilangan barangan peribadi agak susah jugaklah untuk kita semua temui balik kerana sikap segelintir manusia yang tidak pernah berlaku jujur dan tamak ketika itu.

Semalam, Ain Fatin Lyana dalam satu hantaran Facebook miliknya menceritakan bahawa beliau ke Tesco Stargate untuk membeli barangan dimasak tetapi sudah waktunya ia akan ditutup lalu beliau ke Tesco lain.

Advertisement

Sesampainya di Tesco, baru beliau teringat beg clutch suaminya tertinggal di dalam troli di Tesco Stargate.

Katanya, pada waktu itu muka ini pucat sangat memikirkan duit RM2000 dalam bag itu yang baru sahaja dikeluarkan dari ATM.

Beliau memberitahu, sesampainya di Tesco tersebut beliau melihat mereka semua sedang mengemas troli dan kelihatan seorang lelaki dan bertanyakan kepadanya.

Nampak tak nampak wallet saya tak..dia kata..ada-ada warna hitam ya..saya baru nk pi hantaq kat custemer service.

Alhmdulillah..macam nak nageh rasa.. ada lagi manusia yang jujur macam ni dizaman la ni. Ingat ka dah pupus dah..sebab dok jumpa hat jenih tamak dengan harta dunia ja.

Beliau turut mendoakan agar abang yang menjumpai begnya seorang hamba Allah yang kaya dunia dan akhirat kerana hati dia bersih.

Rata-rata warga sosial yang membaca tulisan beliau di Facebooknya memuji sikap lelaki ini mempunyai hati yang cukup mulia dan mendoakan beliau murah rezeki di dunia dan juga di akhirat nanti.

Terbaru, Ain Fatin Lyana menyatakan ketika dihubungi bahawa lelaki berkenaan bakal menerima ganjaran mahupun imbuhan dari tempat beliau bekerja.

Sumber: Facebook

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...