Baru-baru ini, melalui platform media sosial Best Food MY, mereka memaparkan seorang peniaga wanita yang sebelum ini dikenali sebagai Akak Megi Malam memperkenalkan makanan ‘homemade’ terbaru iaitu Pisang Kunafa.
Akak Megi Malam kini jual Pisang Goreng ‘T20’
Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, harga paling murah dijual olehnya adalah RM15 dan yang paling mahal adalah RM35.
Video tersebut telah tular di platform X dan netizen rata-ratanya mempertikaikan harga yang diletak oleh Akak Megi Malam itu yang didakwa terlalu mahal untuk makanan seperti pisang goreng.
‘Berlagak lagi, kan meggi dah tak laku..’
Dalam pada masa yang sama, ada juga yang mempersoalkan sama ada perniagaannya menjual maggi pada waktu sudah tidak laku hingga menukar bisnes makanan yang lain.
Meggi dah tak laku ke? Kahkahkah haritu sikit punya poyo. Tu la nak meniaga tu meniaga je elok elok. Ni baru beratur sikit dah bongkak. Last last jual la goreng pisang overpriced. https://t.co/z56ZCSWS9V
— ian (@lANZAlNAL) March 22, 2025
Malah, ada juga netizen yang meminta agar tidak menggunakan perkataan ‘homemade’ sebagai alasan untuk meletak harga yang tidak masuk akal.