Arab Saudi dilaporkan telah melancarkan satu inisiatif yang membolehkan para bakal jemaah menyentuh Hajar Aswad secara maya, seperti dilaporkan Berita Media Corp.
Inisiatif yang dipanggil ‘Virtual Black Stone’ (Hajar Aswad Maya) dilancarkan oleh pihak berkuasa Jabatan Tapak Suci Islam itu di mana jemaah boleh menyentuh batu hitam tersebut secara maya menerusi aplikasi dan kemudahan teknologi realiti maya atau VR.
President of Haramain Sheikh Abdul Rahman Sudais, participated in the inauguration of the “Virtual Black Stone Initiative”. #haramaininfo pic.twitter.com/hIireHkY4h
— ???????? (@HaramainInfo) December 13, 2021
Ianya telah dirasmikan oleh Presiden Umum Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdulaziz Al-Sudais di pejabatnya.
Ujar Sheikh Dr. Abdul Rahman, dia berharap agar inisiatif itu dapat mewujudkan simulasi keadaan yang sebenar kepada para jemaah.
Dia dalam pada itu turut menekankan kepentingan dalam mewujudkan suasana alam maya bagi meransang deria seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan dan juga suasana persekitaran.