Perkenal Beras Hancur 25% Bagi Rakyat Miskin – BARIM

Trending

Perkenal Beras Hancur 25% Bagi Rakyat Miskin – BARIM

berashan.transformed

Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (BARIM) mencadangkan Perintah Beras dalam Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dikaji semula bagi membolehkan beras hancur 25 peratus diperkenalkan dalam pasaran tempatan.

Advertisement

Menurut laporan Berita Harian, Presidennya, Ismail Awang, berkata cadangan itu perlu diperhalusi memandangkan harga beras super tempatan ST15 meningkat selepas subsidi beras itu dimansuhkan sejak beberapa bulan lalu.

“Harga beras ST15 paling rendah sejak tiada subsidi adalah RM26 berbanding RM18.50 sebelum ini. Kenaikan itu ternyata membebankan ramai pihak terutama golongan miskin.

“Kami mencadangkan kepada Ketua Pengawas Kawal Selia Padi Beras untuk memperkenalkan beras baharu 25 peratus hancur yang dapat dijual dengan harga RM18 ke bawah tanpa subsidi dan berharap perkara ini mendapat perhatian daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,” katanya dalam sidang akhbar, di sini sebentar tadi.

Ismail berkata, pemansuhan subsidi ST15 turut menyebabkan nasib 1,200 pemborong di seluruh negara terumbang-ambing kerana sumber pendapatan mereka terjejas teruk.

“Pemansuhan itu tidak relevan lebih-lebih lagi apabila dilakukan dalam masa singkat. Ramai pemborong sudah membuat pelaburan besar dalam tempoh setahun ini dan tidak mendapat pulangan ekoran arahan itu,” katanya.

Program subsidi beras ST15 diperkenalkan kerajaan sejak tahun 2008 membabitkan peruntukan tahunan sebanyak RM530 juta untuk menampung keperluan golongan sasar, terutama rakyat berpendapatan rendah.

Subsidi beras ST15 bagaimanapun dihentikan mulai tahun ini selaras usaha kerajaan merasionalisasikan subsidinya yang disifatkan tidak sampai ke golongan sasar, malah dibeli oleh warga asing untuk menampung keperluan seharian mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...