Menyingkap kisah 23 tahun lalu, pasangan kembar siam ini pernah menggemparkan dunia susulan kelahiran mereka secara ‘bersama’.
Jom ikuti kisah perjalanan hidup mereka sehingga kini.
1998 : Tahun Kelahiran
Kembar yang diberi nama Ahmad Rosli dan Muhammad Rosli ini merupakan kembar bercantum atau lebih dikenali sebagai kembar Siam.
Menurut kajian, kes ini merupakan kes luar biasa yang hanya berlaku pada nisbah 1:200,000.
Untuk pengetahuan korang, perkara ini terjadi apabila zigot bayi kembar seiras gagal untuk terpisah secara sempurna.
Buat yang mengikuti kisah dua beradik yang sentiasa bersama ini pastinya tidak dapat menahan sebak dek teletah dan pergerakan mereka pada awalnya.
2002 : Pembedahan ‘Pemisahan’
Berkat bantuan dan doa orang ramai, kembar melekat ini menemui sinar baharu selepas Putera Abdullah Abdul Aziz yang merupakan Putera Mahkota Arab Saudi ketika itu menawarkan ‘tangannya’ untuk membantu.
Menelan belanja yang mencecah hampir RM 1.7 juta, ‘pemisahan’ kembar tersebut akhirnya berjaya dilakukan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi. Syukur alhamdulillah.
2012 : Kehilangan Ibu Akibat Kanser
Ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Pada usia mereka menginjak 13 tahun, mereka telah diduga dengan kehilangan seorang ibu. Kisah hidup mereka tular sekali lagi dan ternyata ramai yang turut bersimpati dengan pasangan ini.
2019 : Alam Universiti
Waktu bersilih ganti, benarlah yang dilalui kembar kini menjadikan mereka yang hari ini. Memetik laporan, pada tahun 2019, Ahmad dan Muhammad sudah pun berjaya menjejakkan kaki ke alam universiti.
Pada usia ini, Ahmad telah mengambil jurusan diploma Reka Bentuk Grafik, manakala Muhamad sedang melanjutkan peringkat ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat.
Walaupun kedua mereka mempunya hanya satu kaki, tidak ada satu pun yang membezakan mereka dengan rakan yang lain.
Malah, pergerakan mereka menjadi mudah kerana pihak universiti menyediakan kemudahan untuk mereka seperti yang diberikan kepada golongan kelainan upaya lain.
2021 : Perkembangan Terkini
Menerusi laman sosial Facebook pasangan kembar ini, terpancar kemesraan antara mereka sekeluarga.
Terbaru, foto sambutan hari raya sempat dikongsi untuk tatapan semua yang merindui wajah mereka.
23 tahun berlalu, pastinya kejadian lalu memberi impak yang besar buat kembar yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu kan.
Semoga Ahmad dan Muhammad terus berjaya dalam apa pun bidang yang diceburi kelak ya. Hebat anak muda, tetap positif dan maju kehadapan!