Niat kedua-dua rakan baik ingin meluangkan masa bersama setelah sekian lama tidak berjumpa bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka hampir maut akibat digigit semut.
Apabila ditemubual oleh pihak mStar, Hasnoor Hashim atau lebih mesra dipanggil Elly berkata, kejadian tersebut berlaku di Pantai Moknik (Monica Bay) Kemaman, Terengganu , pada 3 Oktober lalu.
Menurut beliau, mereka hanya meluangkan masa bersama selama 30 minit sahaja sebelum rakannya, Nora Lee, digigit semut-semut itu dan selepas itu menunjukkan simptom alahan yang teruk.
Masa kena gigit tu dia naik bekas macam kena gigit nyamuk, dia tunjuk saya mula-mula kecik, lepas tu bekas tu makin besar dan merah.
Keadaan bertambah kritikal apabila Nora mula merasakan tekaknya semakin sempit dan beliau mengalami kesukaran untuk bernafas dengan lancar.
Menurut Elly, rakannya itu mula tidak menyedarkan diri sewaktu di dalam perjalanan ke hospital.
Nora dimasukkan ke hospital selama dua hari dan menurut doktor, semut api atau Fire Ant yang mengigit wanita itu sememangnya amat membahayakan.
Perkelahan tersebut turut disertai suami Elly, sepupu suaminya, adik Elly dan tiga anak Elly. Dalam pada masa yang sama, Elly turut mengucapkan rasa syukur kerana sempat membawa Nora ke hospital sebelum perkara lagi buruk yang berlaku terhadap rakan baiknya itu.
Hati-hati ketika berkelah tu gais.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagi kandungan menarik.