February 24th, 2020

Pelawak Ali Puteh sebelum ini meminta Datuk Seri Aliff Syukri untuk meminta maaf kepada ibunya dan bertaubat kerana tindakannya bertanyakan soal harta peninggalan arwah Abam kepada balunya itu, secara tidak sengaja telah memecah belahkan ahli keluarga mereka.

aliff syukri taubat

Bagaimanapun, jutawan kosmetik itu masih tetap dengan pendiriannya bahawa apa yang dia lakukan itu bukanlah satu kesalahan. Malah, perkataan taubat yang ditujukan kepadanya juga tidak sesuai.

Perkataan taubat itu tak sesuai untuk saya. Saya bukannya merompak dan merogol orang. Saya tidak fikir pertemuan dengan Nurhidayah satu kesalahan besar. Malah, saya tidak menjangka perkara ini boleh mencetuskan kontroversi.

aliff syukri taubat

Sebenarnya, antara mereka sudah wujud konflik. Cuma, kehadiran saya membuatkan Nurhidayah nak bercerita. Dia mengizinkan segala perbualan dirakam dan disiarkan. Jadi, adakah itu kesalahan saya?

Tidak fasal-fasal saya pula yang menjadi mangsa dan dipersalahkan. Sedangkan niat saya nak ziarah dan berikan zakat dan sumbangan pada mereka.

aliff syukri taubat

Difahamkan, Aliff akan mengadakan sidang media pada hari ini bagi menjelaskan dan menjawab segala persolan berkaitan kemelut yang melanda. Menurutnya lagi, video yang disiarkan hanya 10 peratus dan masih menyimpan lagi beberapa perkara lain kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa.

Sumber Berita : Harian Metro


11 responses to “Perkataan Taubat Tak Sesuai Untuk Saya, Saya Bukannya Merompak – Aliff Syukri”

  1. insan sebak says:

    simple jerr…..si alip pon tak sangka dayah akan bgtau perkara tu semua masa tgh live so dayah pon nmpak mcm ikhlas nak bgtau perkara tu….apa2 pon aku team dayah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...