Perkara Yang Wajib Tahu Tentang “Debt Service Ratio” Sebelum Buat Pinjaman Bank

Trending

Perkara Yang Wajib Tahu Tentang “Debt Service Ratio” Sebelum Buat Pinjaman Bank

 Apabila seseorang memohon pinjaman, antara perkara yang akan dinilai oleh bank ialah debt-service-ratio.  Secara ringkas, debt-service-ratio memberikan gambaran kemampuan seseorang membayar balik pinjaman.

Advertisement

Had maksimum debt-service-ratio yang disyorkan adalah di bawah 30%.

Kaedah mengira debt-service-ratio ialah seperti berikut:

(Bayaran bulanan pinjaman) ÷ (Gaji bersih sebulan) x 100 = debt-service-ratio

Contoh: setiap bulan kita bayar RM800 untuk kesemua pinjaman, dan gaji bersih sebulan ialah RM5,000.

Maka, (RM800 ÷ RM5,000) x 100 = 16%

Seseorang yang mempunyai debt-service-ratio bawah 30% dianggap mempunyai kemampuan membayar balik pinjaman. Dalam contoh di atas, seseorang yang bergaji RM5,000 dianggap sebagai mampu membayar balik pinjaman jika dia mempunyai komitmen bayaran balik bulanan tidak melebihi RM1,500 (30%).

Wajar diingatkan bahawa debt-service-ratio adalah merupakan salah satu perkara yang diambilkira.

Perkara lain seperti gaji bulanan, rekod bayaran balik pinjaman sebelum ini, tanggungan dan lain-lain perkara juga diambilkira sebelum bank membuat keputusan.

Gunakan formula di atas untuk mengira debt-service-ratio dan pastikan ia bawah 30%.

Selamat mengira!

Sumber : Norizan Bin Sharif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...