Apabila seseorang memohon pinjaman, antara perkara yang akan dinilai oleh bank ialah debt-service-ratio. Secara ringkas, debt-service-ratio memberikan gambaran kemampuan seseorang membayar balik pinjaman.
Had maksimum debt-service-ratio yang disyorkan adalah di bawah 30%.
Kaedah mengira debt-service-ratio ialah seperti berikut:
(Bayaran bulanan pinjaman) ÷ (Gaji bersih sebulan) x 100 = debt-service-ratio
Contoh: setiap bulan kita bayar RM800 untuk kesemua pinjaman, dan gaji bersih sebulan ialah RM5,000.
Maka, (RM800 ÷ RM5,000) x 100 = 16%
Seseorang yang mempunyai debt-service-ratio bawah 30% dianggap mempunyai kemampuan membayar balik pinjaman. Dalam contoh di atas, seseorang yang bergaji RM5,000 dianggap sebagai mampu membayar balik pinjaman jika dia mempunyai komitmen bayaran balik bulanan tidak melebihi RM1,500 (30%).
Wajar diingatkan bahawa debt-service-ratio adalah merupakan salah satu perkara yang diambilkira.
Perkara lain seperti gaji bulanan, rekod bayaran balik pinjaman sebelum ini, tanggungan dan lain-lain perkara juga diambilkira sebelum bank membuat keputusan.
Gunakan formula di atas untuk mengira debt-service-ratio dan pastikan ia bawah 30%.
Selamat mengira!
Sumber : Norizan Bin Sharif