Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai “Sun Protection”

Trending

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai “Sun Protection”

Apabila kita membeli mana-mana kosmetik untuk penggunaan pada wajah seperti foundation, pastinya tertera perkataan “With SPF…” pada hadapan produknya. Ada sesetengah orang melihat, semakin tinggi nilai SPF, semakin bagus untuk kulit. Jadi sejauh mana kebenarannya dan bagaimanakah fungsi sebenar SPF ini untuk melindungi kulit kita daripada cahaya matahari?

Advertisement

Berdasarkan kajian yang dijalankan pada Julai 2015 oleh Journal of The American Academy of Dermatology, mereka mendapati melalui hasil kajian survey hanya seramai 14.3% lelaki dan 29.9% wanita yang mengamalkan penggunaan sun protection secara konsisten setiap hari. Selebihnya tidak menggunakan sun protection. Melihat kepada hasil kajian ini, para ahli dermatologi menegaskan mereka bimbang kerana hakikatnya dengan menggunakan sun protection sudah mampu mengurangkan risiko kanser kulit.

Sebelum itu, adakah anda tahu apa itu SPF? 

SPF atau “Sun Protection Factor” merupakan satu ukuran untuk menentukan sejauhmana sesuatu sun protection itu dapat melindungi kulit anda daripada sinaran UV matahari. Sinaran UV matahari pula terbahagi kepada dua iaitu UVA & UVB. Kedua-duanya adalah sinaran yang boleh mengakibatkan kulit menjadi terbakar, kusam, kerosakan tisu dan sel kulit yang akhirnya boleh membawa kepada kanser kulit kelak.

Disini, ada beberapa perkara penting yang anda perlu tahu dan ambil berat mengenai SPF

Anda perlu memilih SPF 30 dan keatas

  • Prinsip utama dalam pemilihan SPF adalah sekurang-kurangnya anda memilih SPF 30 dan keatas. SPF 30 menghalang sekurang-kurangnya 97% sinaran UV manakala SPF 15 menghalang hanya 93%. Namun jika anda berada di tepi pantai, atau kawasan yang diketahui panas seperti di India – SPF 50 amat membantu kerana menghalang lebih 98% sinar matahari UV kepada kulit anda.

Untuk perlindungan menyeluruh, cari label “Broad Spectrum”

  • Tidak semua sun protection dapat memberikan perlindungan yang menyeluruh kepada kulit kita. Disebabkan itu, pakar dermatologi turut menyarankan pengguna untuk mencari produk dengan label “Broad Spectrum”. Dengan adanya “Broad Spectrum”, kulit akan terlindung daripada sinaran UVA dan UVB matahari.

Walaupun kulit anda gelap, tetap perlukan perlindungan! 

  • Jangan jadikan alasan warna kulit untuk anda tidak menggunakan perlindungan sun protection dengan SPF! Perlindungan sun protection ber-SPF tetap diperlukan kerana melanin yang ada pada kulit tidak dapat melindungi kulit secara menyeluruh. Malahan, melanin juga sifatnya adalah sangat sensitif pada haba, boleh jadi tanpa perlindungan yang sewajarnya melanin akan terhasil dengan sangat cepat dan membahayakan kesihatan kita.

SPF 2-4 adalah tidak mencukupi! 

  • Ada juga produk kosmetik yang meletakkan SPF hanya sebagai syarat untuk pemasaran produk mereka. Hakikatnya SPF 2-4 tidak langsung memberikan manfaat dalam melindungi kulit. Periksa dahulu berapakah SPF yang diletakkan. Barulah anda beli. Jika SPF sangat rendah, ia seperti tiada manfaat!

Tiada sunscreen yang bersifat “water proof” dan “sweat proof”

  • Selain itu, terdapat juga trick pemasaran yang mengatakan sun protection dengan SPF mereka adalah bersifat kalis air dan kalis peluh. Jangan tertipu! Sun protection ber-SPF sebenarnya adalah bersifat “water resistant” dan apa yang perlu ditekankan adalah bagaimana ia melindungi kulit anda jika anda berada dalam air seperti ketika berenang mahupun di pantai.

Gunakan sunscreen setiap 2 jam! 

  • Macam tak percaya kan? Tapi itulah hakikatnya! Malahan melalui piawaian pakar dermatologi, tidak ada sebarang sun protection yang dapat melindungi kulit wajah lebih dari tempoh 2 jam. Maka setiap 2 jam, kita perlu gunakan sun protection semula!

Jauhkan bayi bawah 6 bulan daripada matahari

  • Ingat ya ibu-ibu, jangan sesekali gunakan sun protection pada bayi bawah 6 bulan kerana kulit bayi adalah sangat sensitif dan berbeza dengan kulit orang dewasa. Malahan, kanak-kanak di bawah usia 3 tahun jugak tidak berapa disarankan untuk gunakan sun protection akibat daripada kekuatan bahan aktif didalamnya. Mereka memerlukan perlindungan fizikal daripada cahaya matahari seperti memakai topi mahupun pakaian yang menutup kulit mereka secara keseluruhan. Atau, kurangkan mereka dari terdedah daripada cahaya panas matahari terik.

Tidak semua sun protection sama, adakala ia toksik! 

  • Apabila anda memilih untuk membeli sun protection, pastikan anda elak daripada membeli produk yang mengandungi bahan seperti oxybenzone dan retinyl palmitate kerana kedua-dua bahan ini boleh memasuki saluran darah dan menjadikan kulit alergik seperti ruam dan iritasi.
  • Pakara dermatologi menyarankan untuk mencari sun protection dengan bahan zinc oxide dan titanium dioxide sebagai bahan aktif.

Jadi, dengan keadaan cuaca Malaysia yang panas dan terik ini, amatlah disarankan untuk kita semua menggunakan sunscreen sebagai salah satu langkah pencegahan awal daripada kanser kulit. Sinaran UV matahari pada hari ini dikategorikan sebagai merbahaya kerana lapisan ozon bumi telah terbuka luas dan mendatangkan banyak kemudaratan. Jangan abaikan penggunaan sunscreen terutama jika anda ke pantai mahupun berjemur lama di bawah matahari!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...