CCRIS bermaksud central credit reference information system dimana segala record kewangan dan hutang anda dengan bank atau institusi kewangan lain direkod dalam sistem CCRIS termasuk lah hutang PTPTN anda.
CCRIS mengandungi record loan kereta, rumah, kad kredit & segala loan yang anda pernah buat dicatat dalam CCRIS. Record ini juga mengandungi segala transaksi anda termasuk bayaran yang dilakukan ke atas pinjaman anda.
![](https://pbs.twimg.com/media/DEHUDl1VwAAhcq-.jpg)
ini adalah contoh report CCRIS
Record CCRIS adalah penting untuk anda, ia akan memberikan kesan kepada anda terutama yang ingin melakukan pinjaman kereta atau pinjaman rumah. Untuk sesebuah bank memberi pinjaman, pihak bank akan memeriksa rekod kewangan anda melalui CCRIS. Yang mana rekod ni disimpan oleh Bank Negara Malaysia.
Bagaimana untuk mengetahui record bayaran anda ok?
Jika bayaran pinjaman dilakukan dengan baik. Report CRRIS akan memaparkan angka 0,0,0,0,0
Kalau ada nombor? Contoh ada no 7 dalam tu, means anda ada 7 bulan tunggakan dengan bank.
Kalau ada 90 dalam CCRIS, means anda ada 90 bulan tunggakan pinjaman dengan bank.
Jumalah tunggakan ini akan mempengaruhi proses loan anda yang akan datang. Jika berlaku masalah ketika proses pinjaman yang baru, anda boleh selesaikan masalah tersebut dengan menghubungi bank dan selesaikan beberapa tunggakan yang mampu.
Bagaimana untuk dapatkan laporan CCRIS?
Laporan CCRIS boleh didapati daripada kiosk yang disediakan di Bank Negara dan cawangannya.
Atau anda boleh dapatkan secara online dengan mengikuti langkah ini
– Laporan boleh didapati daripada Credit Bureau Malaysia (CBM). Pergi ke laman Self Enquiry Report
– Download borang. Klik sini.
– First page borang ada checklist. Senang cerita, kena sertakan salinan IC dan dua dokumen sokongan.
– Second page borang isikan maklumat peribadi. Tandatangan.
– Third page borang. Pastikan anda tandatangan kat bahagian atas surat.
– Scan borang yang dah lengkap.
– Lakukan pembayaran pada akaun Maybank Credit Bureau Malaysia 5123 5260 4549 sebanyak RM10.60. RM10 untuk bayaran perkhidmatan dan RM0.60 untuk 6% GST.
– Emelkan borang dan resit pembayaran tadi ke [email protected].
– Dalam masa kurang daripada sejam anda akan dapat laporan kewangan penuh, termasuk laporan CCRIS dan rating tahap kewangan anda.
Sumber: Ariffshah
Sumber: @Faris_Safei
Apa itu CCRIS?
Ini adalah thread.
— F A R I S (@faris_safei) July 7, 2017