Penularan COVID-19 Telah Membuka Mata Masyarakat Seluruh Dunia Tentang Alam Sekitar

COVID-19

Penularan COVID-19 Telah Membuka Mata Masyarakat Seluruh Dunia Tentang Alam Sekitar

Adakah kehadiran wabak COVID-19 sebenarnya sebagai peringatan kepada manusia agar tidak terlalu rakus mengubah dunia ini secara keseluruhan?

Bencana alam yang lain seperti banjir, kemarau, gempa bumi dan sebagainya yang berlaku sebelum ini bukanlah pada skala yang hampir tidak terkawal sehingga perlunya PKP dilaksanakan.

Ramai di antara kita terutamanya rakyat Malaysia terpaksa mengubah rutin harian sejak PKP dikuatkuasakan. Kita tidak lagi mendengar bunyi pekikan hon kereta di jalanan, dan tidak lagi kita melihat pesawat membelah langit. Pelbagai perubahan yang cukup ketara dapat kita perhatikan sejak beberapa minggu lepas.

Advertisement

COVID-19

pesakit COVID-19

Disember tahun lalu, COVID-19 yang tercetus di China telah merebak ke 1.2 juta penduduk dunia dan mengorbankan kira-kira 65,000 mangsa. Angka ini bukanlah rekaan semata tetapi fakta yang harus diakui oleh semua.

wuhan coronaviruse

Di China, 81,000 pesakit positif COVID-19 dilaporkan dan ia telah meragut nyawa lebih 3,000 mangsa.

Di Amerika Syarikat pula 300,000 orang telah meninggal dunia akibat wabak ini dan muncul sebagai negara yang tertinggi mempunyai kes kematian. Begitu juga dengan Itali dengan jumlah kematian 15,000 setakat ini. Di Malaysia, wabak ini telah menyerang 3,000 pesakit dan menyebabkan kematian ke atas 65 mangsa setakat ini.

Alam Semakin Menderita 

Percaya atau tidak, tujuh juta manusia dianggarkan telah terkorban saban tahun dek kerana pencemaran udara. Namun, kita masih belum serik dan terus menyaksikan manusia meneruskan aktiviti pencemaran udara di bumi ini dengan asap kenderaan, asap kilang dan pembakaran terbuka.

pembakaran terbuka indonesia

Setiap tahun pastinya beberapa negara Asean akan mengalami masalah jerebu yang teruk akibat pembakaran hutan terbuka yang berlaku di rantau ini.

jerebu di Malaysia

Tanpa kita semua sedari, manusia semakin merosakkan ekosistem marin dengan pencemaran sampah, bunyi, minyak dan pelepasan karbon. Natural Resources Defence Council (NRDC), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat mengakui perkara ini dan sedang dalam usaha menyelamatkannya.

plastic pollution

Sampah yang dibuang ke dalam laut kebanyakkan berasaskan plastik. Pencemaran ini secara langsung akan juga mengancam hidupan laut.

Peristiwa Sungai Kim Kim

Sungai Kim Kim

Lupakah kita pada peristiwa pencemaran air di Sungai Kim Kim, Johor pada Mac lalu, akibat pembuangan toksik? Peristiwa ini telah memberi kesan terhadap 6,000 orang dan 2,225 daripada mereka terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

pembalakan haram

Tanpa kita sedari, kemusnahan dan penerokaan hutan untuk tujuan pertanian, pembalakan, pembinaan bangunan pencakar langit sering berlaku.

Bank Dunia telah mengesahkan bahawa bumi sudah kehilangan hutan seluas 1.3 juta km persegi antara tahun 1990 hingga 2016.

Keluasan ini melebihi jumlah keluasan Afrika Selatan. Pada tahun 2015 pula, sebanyak 46 peratus pokok di hutan telah ditumbangkan.

Satu penyelidikan yang dijalankan mendapati setiap sejam hampir 30,000 spesis haiwan liar mendekati kepada kepupusan.

80 peratus daripada spesis tersebut kehilangan kepelbagaian biologi kerana habitat mereka dimusnahkan.

Afrika Selatan kehilangan kira-kira 1,000 badak sumbu setiap tahun antara 2013 dan 2017 akibat aktiviti pemburu haram.

Begitu juga dengan negara-negara lain yang tidak terkecuali daripada masalah pemburu haram.

Di Malaysia contohnya, harimau Malaya dan gajah Pygmy dari Sabah kini mendekati garisan pupus. Ketika ini dianggarkan kira-kira 200 harimau Malaya yang berjaya dilindungi dan masih berada di hutan.

Manakala hutan di Sabah kini mempunyai kira-kira 1,500 sahaja gajah Pygmy

gajah pygmy

September lalu penduduk di Tawau, Sabah masih lagi terkesan dengan kes gajah Pygmy yang telah ditembak mati. Bangkai gajah tersebut ditemui dengan 70 das tembakan dan ditemui terapung di sebuah sungai dalam keadaan terikat di sebuah pokok.

Di Malaysia, lebih malang lagi, badak Sumatera telah pun pupus akibat aktiviti pemburuan haram

badak Sumatera

Dunia beransur ceria

Beberapa negara yang menerima tempias buruk COVID-19 telah menguatkuasakan arahan kuarantin di dalam rumah untuk menghentikan penyebaran wabak ini. Ini secara tidak langsung, mengurangkan tahap pencemaran di seluruh dunia kerana hampir kesemua industri-industri terpaksa menghentikan operasinya.

Penduduk di kota Jalandhar, India telah merakam gambar dan video gunung Dhauladhar yang merupakan sebahagian daripada banjaran Himalaya yang kira-kira 200 kilometer jauhnya. Buat pertama kalinya, mereka dapat menyaksikan panorama indah itu dalam tempoh 30 tahun.

Gunung Dhauladhar

Di Malaysia, satu analisis mendalam oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati Nitrogen Dioksida (NO2), Sulfur Dioksida (SO2), Karbon Monoksida (CO) dan habuk halus bersaiz diameter 2.5 mikron (PM2.5) menunjukkan tahap bacaan penurunan ketara.

Ketika manusia berada di dalam rumah, kini tiba giliran haiwan liar pula mengisi kekosongan bandar. Pelbagai insiden yang berjaya dirakamkan seperti kehadiran babi hutan di Barcelona, Spain, rusa di Nara, Jepun dan burung merak di Mumbai, India.

kambing liar

Seekor musang pula dilihat berada di jalan yang lengang di Kozhikode, Kerala di India, manakala kelibat seekor puma pula dikesan di kota Santiago, Chile.

puma in santiago

Wabak COVID-19 ini antara wabak yang paling teruk selepas Influenza 1918 atau lebih dikenali pandemik Selesema Sepanyol jika dilihat daripada jumlah pesakit dan kadar kematian.

spanish flu

Jika dahulu Selesema Sepanyol telah menjangkiti satu daripada tiga populasi dunia dan telah menyebabkan 50 juta kematian secara kasar di seluruh dunia.

Persoalannya, setelah berakhirnya wabak ini, adakah manusia akan lebih menghargai alam sekitar ataupun keadaan sekeliling mereka? Ada juga yang berpendapat bahawa dunia telah diibaratkan menekan butang reset. Ada juga yang berpendapat bahawa dunia ini akan menjadi lebih baik dari segi ekosistem dengan jumlah manusia yang lebih berkurangan.

Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...